Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (Bantah) akan menganjurkan satu forum sebagai usaha meneruskan kempen mereka memberi kesedaran kepada masyarakat kampus berhubung kesan terhadap demokrasi kampus jika pengundian secara elektronik (e-voting) dilaksanakan pada Pilihan Raya Kampus (PRK) akan datang.
Mereka dengan kerjasama wakil fakulti Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) akan menganjurkan forum terbuka bertajuk ‘E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Kampus’ yang dijadual berlangsung jam 8 malam 1 Januari ini bertempat di Dewan Utama Akademi Pengajian Islam UM.
Tiga ahli panel yang akan ditampilkan termasuk pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Dr. Abdul Aziz Bari, Pensyaraah Jabatan Kejuruteraan Perisian Fakulti Sains Komputer dan Teknologi maklumat UM, Dr. Chiew Thiam Kian dan seorang bekas aktivis mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM), Chang Lih Kang yang juga ADUN Teja.
aizatPengerusi Bantah, Mohd Aizat Salleh ketika dihubungi memberitahu penganjuran tersebut sebgai usaha berterusan gabungan pelajar itu membantah e-undi dan memberi kesedaran kepada pelajar berhubung demokrasi kampus.
“Kita anjur forum ni kerana mahu menyedarkan student tentang demokrasi kampus.
“Kita cuba tampilkan mereka yang pakar dalam bidang masing-masing untuk menjelaskan kepada kita tentang kesan e-voting ini,” katanya ketika dihubungi.
Ditanya berhubung kesan membawa masuk ahli politik sebagai panel forum tersebut, aizat memberitahu ianya tiada masalah kerana program itu anjuran wakil fakulti dan tidak berkaitan dengan bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP).
Sebelum ini lapan mahasiswa UM telah didakwa di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) kerana dituduh membawa masuk ahli politik ke dalam universiti.
Mereka dihadapkan ke perbicaraan oleh Tribunal Universiti dan dituduh melakukan kesalahan disiplin dibawah seksyen 16 (c) Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.
Bagaimanapun kesemua mereka telah dibebaskan dan dibuktikan tiada kes.
Bantah disertai lebih 18 organisasi mahasiswa seluruh negara memperjuangkan supaya sistem e-voting bagi PRK akan datang dimansuhkan kerana didakwa terdapat bayak ruang yang boleh dimanipulasi dan disalahguna pihak berkepentingan.
Beberapa memorandum bantahan juga telah diserahkan kepada pelbagai pihak termasuk kepada Menteri Pengajian Tinggi (KPT) akar hasrat itu dikaji semula.
Pro Mahasiswa UPM mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak bawah 23 tahun Malaysia yang telah berjaya memperoleh pingat emas dalam acara bola sepak di Sukan Sea di Laos. Penantian ini menamatkan kemarau pingat emas selama 20 tahun negara dalam acara bola sepak sejak kali terakhir memenanginya pada Sukan Sea ke-15 di Kuala Lumpur pada tahun 1989. Semoga kejayaan ini dapat menjadi titik tolak kepada kebangkitan negara dalam sukan paling popular ini.
Peristiwa Hijrah Rasulullah bersama para sahabat ke Yathrib (Madinah) merupakan suatu catatan penting kepada sejarah Islam. Di sinilah titik permulaan bagi Islam untuk mendapatkan kuasa politik seterusnya membina dan mentadbir sebuah negara. Terdapat lebih 1001 pengajaran yang boleh diambil melalui peristiwa hijrah Rasulullah serta para sahabat ini. Oleh kerana itu jugalah, Umar al-Khattab telah memilih peristiwa hijrah ini sebagai asas permulaan kepada taqwim Islam.
Berikutan sindiket penjualan bayi yang semakin menjadi-jadi sekitar Selangor dan Lembah Klang, terdapat pula maklumat terbaru menyatakan siswi dan penuntut universiti sekitar kawasan berkenaan menjadi ‘pembekal utama’ kepada sindiket haram tersebut.
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mendedahkan rakaman suara “berbau perkauman” bagi mengukuhkan lagi dakwaan bahawa kursus Biro Tatanegara (BTN) sememangnya mempunyai unsur-unsur “doktrinisasi perkauman dan politik”.
“Kami (SMM) mempunyai banyak rakaman, yang nyata membuktikan bahawa aktiviti dan program dalam BTN sememangnya mempunyai unsur-unsur perkauman dan doktrin politik,” ujar Shazni Munir Ithnin selaku pengerusi.












