Isu Pembekuan Penempatan Guru Timbulkan Kebimbangan
Pro Mahasiswa UPM hari ini menyatakan rasa kebimbangan mereka terhadap nasib mahasiswa Fakulti Pengajian Pendidikan berhubung isu pembekuan penempatan guru mulai tahun 2010. Ini berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Dr. Zakaria Kasa semasa ucapan perasmian Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia’ di UPSI baru-baru ini.
Dalam majlis tersebut, beliau menyatakan pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia.
Mengulas mengenai isu tersebut, exco Penyelidikan dan Inovasi MPPUPM, saudari Nor Farhana Farzieana ketika ditemubual berkata, “Adalah amat aneh sekali jika masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia menjadi alasan pembekuan tersebut. Negara sanggup berhabis berjuta-juta ringgit untuk mewujudkan pasukan Formula Satu. Adakah pelaburan modal insan ini begitu membebankan sehingga terpaksa mengorbankan nasib bakal guru?”
Dalam pada itu, Yang di Pertua MPPUPM, saudara Mohd Syamsul Salleh dan beberapa orang pemimpin mahasiswa semalam dilaporkan sedang mengatur pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin Jumaat ini bagi mendapatkan penjelasan. Maklumat hasil perbincangan akan dimaklumkan kemudian.



Betul ker hal seperti ini terjadi?saya sebagai bekas pelajar FPP UPM yang kini telah berkhidmat di sekolah bawah Kementerian Pelajaran agak pelik mendengar berita ini sedangkan di sekolah-sekolah masih banyak terdapat kekurangan tenaga pengajar. dalam hal seperti ini, lebih baik dirujuk terus kepada bahagian sumber manusia, kementerian pelajaran.
Salam Sejahtera…
Terdetik di hati saya untuk berbicara di sini. Apakah yang sedang berlaku sebenar-benarnya di negara kita ini? Adakah kerajaan benar-benar mengetahui akibat dan kesan tindak-tanduk yang mereka buat?
Mengapakah perancangan yang memakan berbilion ringgit lebih diutamakan berbanding dengan usaha melahirkan modal insan?
Saya menjadi cukup bimbang jika perancangan itu gagal memberi faedah kepada masyarakat dan negara. Usaha melahirkan modal insan bukan sahaja bagus untuk ekonomi negara, malah ia dapat melicinkan lagi pencapaian Wawasan 2020. Adakah kerajaan masih tidak faham Wawasan 2020 dibuat dan tidak tahu cara untuk mencapainya?
Saya hanya “budak baru” yang memerlukan beberapa penjelasan yang munasabah. Tidak berniat menyalahkan sesiapa.
Apa kerajaan buat, sehinggakan keadaan seperti ini boleh terjadi dalam negara kita??
Saya menyarankan agar, semua mahasiswa bakal guru, untuk bangkit dan membela hak anda sebagai rakyat malaysia. Ini adalah satu keputusan yang sangat tidak munasabah.
masalah kewangan??
najib kate ‘our fundamental is strong’
strong apa benda mcm ni…
sokong kenyataan farhana…
buat team F1 mahal ada duit plak…
rakyat sendiri merempat..
habisla kami bakal guru..
apa yang akan terjadi jika pelajar tajaan KPM gagal ujian INSAK boleh sambung master x?
sedih bila guru di buat begini….seakan di anak tirikan padahal guru ni pendidik anak bangsa…smua bermula dengan guru…
kenapa nk pendidikan kenapa bukan kursus-kursus lain yang tidak berapa penting sangat…
Gagal Temu Duga; Kebolahpercayaan dan Realiti Keadaan Sebenar
Assalamualaikum. Saya merupakan salah seorang pelajar yang telah gagal dalam temu duga penempatan guru GSST ogos lepas. Amatlah mendebarkan menunggu hari surat sampai ke rumah untuk memulakan hidup sebagai seorang guru bahasa Melayu. Malangnya apabila membuka surat tersebut, perkataan ‘dukacita’ terus mengecewakan saya dan keluarga saya. Apa yang mengecewakan saya ialah kegagalan dalam temu duga ini.
Membaca komen En Saufi Ketua Penolong Setiausaha Unit Perkhidmatan Guru (1), Bahagian Sumber Manusia dalam sebuah blog MPP UPSI amat menghambarkan. Penuh dengan dolak-dalih. Terus terang sahaja bahawa KPM tiada cukup bajet untuk menempatkan bakal-bakal guru ke sekolah walhal di sekolah banyak kekosongan guru. Sebelum ini tiada pernah kedengaran gagal temu duga sehingga 300 orang mahasiswa graduan UPSI. Jangan dijadikan alasan mahasiswa garduan UPSI atau universiti lain tidak lengkap dengan pengetahuan dan sahsiah sebagai guru. Saya merasa telah diperbodohkan oleh sistem yang sakit ini. Empat tahun lamanya belajar tentang pedagogi (ilmu mengajar), membuat kajian dalam pendidikan, pembentangan, perbincangan dengan penyarah, seterusnya menjalani praktikum dan setiap semester akan menempuh peperiksaan. Namun dengan hanya ujian INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan) yang berjalan selama 1 jam, KPM menyatakan bakal guru ini tiada bersedia dan rendah nilai sahsiah keguruannya!
Selain itu, temu duga dengan panel wakil KPM pula boleh dipersoalkan kesahan dan kebolehpercayaan yang rendah. Hanya menemuduga sekitar 5 hingga 10 minit, mereka sudah boleh menyatakan ini layak dan itu tidak layak. Ada ahli panel yang ‘semberono’ dalam bertanyakan soalan. Bakal guru bidang bahasa ditanya soalan tentang bidang sukan. Yang menariknya soalan-soalan yang tiada releven seperti “berapakah orang pemain bola baling?”. Kalau dikenang memang melucukan. Begitu pula dengan bakal guru bidang sukan ditanya soalan “berapakah pembahagian kata nama dalam bahasa Melayu”. Apa yang mendukacitakan, seorang bakal guru bahasa Melayu yang turut sama gagal memiliki PNGK 3.6. Sering kali dipuji oleh pensyarah dalam ‘kelas-kelas mikroteaching’ kerana bijak mengajar dan memiliki bakat, kesungguhan, tanggungjawab dan insyaallah akan menjadi seorang pendidik yang cemerlang. Kawan-kawan yang lain amat terkejut setelah mengetahui dirinya gagal dalam temu duga. Walhal dia amat layak menjadi guru bahasa Melayu sepanjang perkenalan dan persahabatan kami. Amat aktif pula dalam bidang kebahasaan, pidato, perbahasan, pendeklamisi puisi, dan insyaallah akan dapat menjadi guru bahasa Melayu yang berketrampilan dan bagus. Malangnya, dinafikan kebolehan ini dan kelayakan ini. Ramai calon-calon yang saya kenali dan menilai 4 tahun di universiti yang dilihat penuh komitmen dan berdidikasi telah gagal dalam temu duga yang singkat itu. Jika digagalkan mereka ini dan tidak diberi penempatan, KPM dan rakyat malaysia telah kerugian, khidmat para pendidik yang bagus.
Terus-teranglah kepada pihak yang berkenaan, jangan mendakwa bakal guru tidak telus, kurang pengetahuan dan tidak bersedia untuk menjadi guru dalam sesi temu duga yang telah dijalankan. Beritahulah hakikat sebenar. Berlakulah ikhlas. Beritahu sahaja, kerajaan Malaysia tidak ada peruntukan untuk memenuhi semua penempatan bakal-bakal guru kerana kerajaan banyak membazir wang dalam kempen politik dan projek yang tidak bermanfaat. Sedangkan hakikatnya, bidang pendidikan 1000 kali lebih penting dan teras tamadun sesebuah negara.
Bakal Pendidik
Kedah
kepada muhamad (kedah) pandangan dan luahan anda amat bertepatan.. graduan upsi yang anda maksudkan itu, seramai 300 orang yang gagal penempatan, salah seorangnya ialah isteri saya. kepada sesiapa yang tahu keadaan sebenarnya sila maklumkan kepada kami. satu lagi nak tanya kepada muhammad @ sesiapa yang tahu.. ada tak info terbaru tentang apa yang perlu dilakukan oleh graduan upsi yang gagal temuduga ogos lepas? tak kan diam macam tu je?
saya merupakan graduan lepasan FPP UPM. sedang menunggu untuk panggilan temuduga. tapi masih tiada jawapan. apa akan terjadi pada kami? kenapa tiada jawapan maklum balas dari KPM sendiri. kenapa hanya khabar2 angin yang datang ke telingga. kami perlu penjelasan. guru GSTT di setiap sekolah hampir 5-10 orang. kenapa tidak dipanggil kami bakal guru untuk jawatan tetap.. sedih..hiba.. fikirlah apa perasaan ibubapa? anak yang diharap menjadi guru, menunggu jawapan yang tidak pasti…
Mohon saudara/saudari untuk emailkan butiran anda kepada email kami.
(promahasiswaputra@gmail.com)
Kami akan cuba bawa hal ini ke dalam mesyuarat MPP atau pihak-pihak yang berkenaan.
Terima kasih atas makluman.
salam, time kami nak start dpt keja, jd ginila pulak. alasan xlogik. DPLI, KPLI tak pula henti pengambilan. senang-senamg je dapat keja padahal kursus pendek je. kami ni belajar 4 tahun dalam bidang pendidikan tapi macam-macam masalah timbul. duit habis, hutang melambak, nak sara keluarga di kampung lagi… lain x stop je pengambilan pelajar ke mana-mana2 fakulti pendidikan kalau kerajaan memg nak stop penempatan . haa termasuk sekali dengan kpli n dpli. jgn lepas ni dengar-dengar dpli n kpli dapat plak mengajar. ni la bertepatan dengan kata pepatah – kera di hutan disusukan anak dirumah mati kebuluran.
Salam..
Saya sekarang bekerja sebagai guru di sekolah. Sekolah kami masih lagi mempnyai masalah kekurangan guru. Kalau masalah lambakan guru di sekolah sebagai punca kelewatan memang tak relevan. Mungkin ada masalah kewangan di pihak kementerian. Harap bakal-bakal guru semua bertenang.
walaupun masih ade lagi baki satu semester di kampus dan bakal bergelar guru.. ( itu pun jika rezeki ader).. mendengar kakak dan abg senior yg mendapat surat posting yg bertulis dukacita amat menakutkan sy kerana memikirkan sy juga bakal mengalami perkara yg sama.. pelik dan hairan juga kerana sebelum ini amat sukar mendengar bakal guru tidak dapat posting… tidak lulus intervew.. hmm ntah2 semua ini ada helah untuk menutup kesilapan yg kononya segala keputusan yg dibuat adalh betoi belaka sampaikan ader pihak lain teraniaya.
sebenarny pnca kegagalan interview ni ada agenda politikny yg tersendiri…. ade agenda ingin merampas kuasa dari bbrape buah kawasan…. jadi fikir2kan lah…anak2 ( ra kaf ya ain ta) kawasan akan yg ingin dirampas akan bg jawapan ” kami da berjayee…. thanx gamen “… buat interview ngan menteri pn jawapan stereotaip je… ayat biase “pihakkementerian akan pastikan…….!!” tapi brape lame…n ape tindakan…. n ape kriteria pemilihan pule… tnggu je la… klu nak mngharap org sorongkan bantal baik kite usaha mncari tilam…
gamen jgn rsau klau org berpendidikan tinggi ni buat gelombang dsbabkan ketidakadilan ni.. takut ape yg dikejar terlepas… yg dikendong pulak keciciran… takut2 silap strategi kawasan yg dipegang hilang lagi…
assalamualikum…
sy slah seorg bakal pendidik di negara ini…tetapi malangnya hasrat untuk bergelar guru semakin kabur bila mndpat surat gagal dlm temuduga nov lalu……sakitnya hanya Allah yg tahu….tetapi ini semua mungkin dah ditakdirkan….perlu terima walaupun sedih melihatkan rakan2 lain berjaya….utk shbat2 yg berjaya posting…tahniah….sy akan myusul kemudian…..mungkin rezeki sy bukan untuk sekarang…
Assalamualaikum….
Seandainya apa yang dikatakan @ khabar angin yang mengatakan kerajaan terpaksa membekukan penempatan guru disebabkan kononnya kekurangan budget, ini adalah satu tindakan terlalu ‘BODOH’ kerajaan yang ada…mungkin bahasa ini agak keterlaluan tapi itu hakikatnya…walau diberitahu pada orang kampung yang tak ke sekolah sekalipun, mereka lebih tahu tentang ‘Perancangan’…macam mana kerajaan boleh luluskan kursus2 spt KPLI/DPLI kalau dah tau duit dalam poket tak de???? Tolong fikir sikit pengorbanan sesetengah calon yang terpaksa bergadai, meninggalkan kerja yang sedia ada, meminjam ribuan ringgit dan macam2 lagi hanya semata2 memikirkan satu peluang kerja yang diimpikan dan dijanjikan sebelum ini….Semua ini saya kira secara tidak langsung memperlihatkan “Ketidakcekapan” kerajaan sedia ada…maaf kalau saya katakan apa yang dilaungkan untuk membela rakyat hanyalah propa jer lebih….Terima kasih…
askum….ssalam tahun 2010….. setelah membaca komen2 guru/bakal guru/pelajar ipta dalam rungan ini saya dapati berlaku ketidakadilan dalam penempatan guru,paling meengejutkan saya kegagalan guru lepasan UPSi dan ipta lain yang sepenuhnya diberi asuhan dan didikan dalam bidang keguruan gagal dalam tduga dan penempatan.d mana silapnya? mengapa pihak kpm berat sebelah. Kenapa saya berkata demikian…? ialah pemenpatan KPLI semakin lancar yang mengajarnya entah apa2.Nak kongsi lah ini….intro dulu…saya guru ada pengalaman 17 tahun mengajar dan telah melihat keluar masuk pelbagai ragam guru baru.sepanjang tempoh itu saya sangat menghormati guru lulusan maktab kerana ada nilai2 yang dibawa bersama sesuai dengan iklim sekolah berbanding kpli.Jadi mengapa pelajar dari UPSI yang terang2 ambil bidang guru 100% terlibat dinafikan hak? sedangkan KPLI belajar ilmu lain ambik kursus kpli 9bulan dah lulus.yang guru tulin dari UPSI atau IPTA lain yang sama bdg nya x dilayang oleh kerajaan.X adil. Mengapa? kualiti guru KPLI kurang sangat dari byk segi….. cakap yang banyak tetapi bila nak berdepan dgn budk2 x tau/suru kk x tau….suruh jumpa ibubapa x tau…..kalau nak enjoy mahu…..!!!!! itu pengalaman yang saya alami……..Saya tetap memilih guru lepasan maktab atau penuh bidang keguruan penuh dari u tempatan bukan dpli atau kpli…serik………..wslm…..sarawak…..
askum….ssalam tahun 2010….. setelah membaca komen2 guru/bakal guru/pelajar ipta dalam rungan ini saya dapati berlaku ketidakadilan dalam penempatan guru,paling mengejutkan saya kegagalan guru lepasan UPSi dan ipta lain yang sepenuhnya diberi asuhan dan didikan dalam bidang keguruan gagal dalam tduga dan penempatan.d mana silapnya? mengapa pihak kpm berat sebelah. Kenapa saya berkata demikian…? ialah pemenpatan KPLI semakin lancar yang mengajarnya entah apa2.Nak kongsi lah ini….intro dulu…saya guru ada pengalaman 17 tahun mengajar dan telah melihat keluar masuk pelbagai ragam guru baru.sepanjang tempoh itu saya sangat menghormati guru lulusan maktab kerana ada nilai2 yang dibawa bersama sesuai dengan iklim sekolah berbanding kpli.Jadi mengapa pelajar dari UPSI yang terang2 ambil bidang guru 100% terlibat dinafikan hak? sedangkan KPLI belajar ilmu lain ambik kursus kpli 9bulan dah lulus.yang guru tulin dari UPSI atau IPTA lain yang sama bdg nya x dilayan oleh kerajaan.X adil. Mengapa? kualiti guru KPLI kurang sangat dari byk segi….. cakap yang banyak tetapi bila nak berdepan dgn budk2 x tau/guru kk x tau….suruh jumpa ibubapa x tau…..kalau nak enjoy mahu…..!!!!! itu pengalaman yang saya alami……..Saya tetap memilih guru lepasan maktab atau penuh bidang keguruan penuh dari u tempatan bukan dpli atau kpli…serik………..wslm…..sarawak…..
assalamualaikum. saya adalah graduan upsi yang tamat latihan mengajar pada bulan 9 yang lepas. Memang menyedihkan apabila mendengar khabar yang mengatakan bahawa penempatan guru bagi sesi 2010 dibekukan walhal ada yang mengatakan dilewatkan. Dua indikator yang memberikan maksud yang berbeza. Timbulnya isu posting ini adalah apabila pembentangan bujet 2010 yang didapati tidak releven yang mana pemotongan buget kementerian pelajaran di potong. Berita jam 11.30 malam tadi mengatakan bahawa hanya kursus-kursus yang kritikal sahaja akan diberikan penempatan. sejak dahulu lagi kementerian selalu berdolak dalih mengatakan keperluan guru telah melebihi had yang mencukupi, masalahnya di sini tidak ada satu garis panduan yang memantau dan menghadkan koata pengambilan guru setiap tahun jika dikatakan bahawa guru telah penuh. Ini lah pembohongan yang amat nyata oleh kerajaan sekarang.
Inilah yang saya fikirkan iaitu mungkin ada pembohongan.. Contohnya di sabah sahaja, kemasukan guru2 semennjung ke sabah amat banyak.. ini adalah helah untuk strategi pengaliran wang kerajaan negeri sabah ke persekutuan. Dan sehingga kini saya sebagai anak tempatan Sabah masih belum mendapat penempatan. Alasannya, kemungkinan saya gagal ujian INSAK @ Temuduga. x logik langsung.. kalau nak kira, pointer cukup )2nd clas upper) Saya adalah pelajar tajaan di bawah kerajaan negeri Sabah. jadi, kenapakah penempatan tidak diberikan sedangkan saya dibayar untuk berkhidmat di Sabah mengikut profesion yang saya pelajari.. Aneh.. saya tidak menulis kenyataan ini atas kepentingan sendiri. Namun Sekiranya anda datang ke Sabah melihat kekosongan guru yang ada sememangnya terlalu banyak kekosongan. Sangat2 tidak relevan sekiranya anda tidak diberi penempatan kerana saya kira setiap tahun, bilangan guru2 pencen adalah sangat ramai. Kalau dah tiada kekosongan, mengapa tidak kerajaan menggubal undang2 supaya umur persaraan guru dikurangkan supaya adanya kekosongan yang banyak bagi setiap tahun… saya tahu pengalaman guru veteran tidak dapat dinafikan namun apalah gunanya golongan freshie mengambil alih peranan mereka… Akhir sekali saya berharap semua pelajar perguruan dapat bersabar… ” ! Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencpaian Diutamakan, Guru Dibelakangkan( Sebab Guru bukan Rakyat)” PSR UPSI (2x intview Ggl, alasan gagal, Ujian INSAK Tak Lepas… Pelik bin Ajaib..
Salam,, im back… Ini cerita hanya untuk berkongsi… semasa temuduga yang berjalan OGos n Oktober yang lepas saya masih ingat, penemuduga adalah pensyarah dari maktab.. So awal2 lagi saya dah rasa ada yang tak kena.. yang lcunya, boleh pula dia tanya harga udang di tempat saya dan pesan kalu dtg next intvw, bawa2kan lah udang sekilo ke… very2 unprofesional… lepas tu dia tanya, bayangkan anda tidak tahu berenang, macam mana hendak selamatkan pelajar yang lemas terjatuh di dalam sungai? so saya jawab, sya akan gunakan tools yang ada n meminta bantuan dgn org sekeliling. lepas tu dia jawab saya sepatutnya terjun selamatkan budak tu… Hmm… sya pun jd bingung… macam mn la nk terjun kalau kita sndri tak tahu berenang?? tu tindakan yang saya rasa agak Bodoh… Last sekali dia cakap, “awak lujlus ujian temuduga ni tapiii… awak akan dapat penempatan sekiranya awak lulus INSAK… knapa INSAK menjadi penghalang? sedangkan saya dah 2 x menduduki ujian INSAK( Soalan pun 100% sama).. yang lagi bengang apabila segerombolan penemuduga merokok kat tandas…. Yay… Geram Siottt…. Tapi dalam dewan sebelum masuk ujian INSAK pandai pula marah2 ” IKUT PERATURAN JANGAN BISING, AWAK SEMUA TERPELAJAR” IKUT PERATURAN!! tapi dalam tandas, dah ada signboard DO NOT SMOKING HERE, diaorang cakap, xpe, kita terpelajar,sangat terpelajar n profesional, so we can smoke here..
betul2…..ye2 nak temuduga orang,,tapi profesionalkan diri 2 dulu….
Sedarkah atau tidak calon guru yang gagal ditempatkan ke sekolah-sekolah adalah mereka yang mengikut program pendidikan di IPT (Universiti) di bawah KPT, sedangkan mereka yang mengikuti program dibawah KPM (KPLI/DPLI/Ijazah di Institut Perguruan yg dulunya Maktab Perguruan) tidak sedikit pun menghadapi masalah ini. Cuba tanya rakan-rakan dari Institut Perguruan, adakah mmereka menghadapi masalah penempatan? Cuba tanya rakan-rakan yang mengikuti kursus KPLI/DPLI, adakah mereka menghadapi masalah penempatan? Sekiranya lulus temuduga atau lulus ujian INSAK dijadikan alasan, takkan lah semua calon dari program KPM lulus manakala terdapat ramai calon dari program KPT gagal?
Sila baca METRO hari ini dibawah tajuk
Isu guru lebih tak timbul
Oleh SYARIFAH DAYANA SYED BAKRI
dayana@hmetro.com.my
salam..
membaca semua komen2 saudara/ri, saya amat terasa memandangkan saya merupakan bekas graduan dpli di sebuah universiti di selangor.
saya merupakan ‘bakal guru’ dari option sains yang belum mendapat posting ke mana-mana sekolah. perkara yang sama juga berlaku kepada kawan2 saya yang lain.
saya tidak tahu apa masalah yang berlaku, dan banyak ura-ura yang mengaitkan kelewatan/ pembekuan penempatan ini disebabkan oleh kerajaan kekurangan duit@ guru terlebih dsb..
saya cukup terkilan kerana kami pelajar kpli/dpli dipersalahkan.kami hanya mengambil peluang yang ada yang disediakan kerajaan.
namun begitu, kami tidak boleh mengharapkan posting oleh pihak kerajaan semata-mata dan untuk meneruskan hidup, kami juga bekerja sebagaimana orang lain yang tidak memiliki ijazah/diploma pendidikan.
namun begitu, saya memohon maaf atas sebab pihak kami, ada dikalangan saudara/ri tidak dapat diposting.
apa-apa pun, rezeki ada di mana-mana di bumi Allah ini. jangan berputus asa, teruskan usaha dan berdoa.
wallahu’alam
kenapa isu pembekuan penempatan bakal guru ini timbul? dimanakah perancangan yang dibuat oleh kementerian dan kerajaan.pada hakikatnya para graduan yang mengambil jurusan perguruan di IPT sebenar dapat melihat suatu masa depan yang cerah bila menceburi bidang perguruan ini. ini kerana profesion perguruan ini sebenarnye tak mngkin terus tertutup dan pada saya ianyer sentiasa mendapat permintaan.sebab profesion inilah bermulanyer pendidikan modal insan bermula dr akar umbi .pada saya kerajaan atau pihak kementerian tak sepatutnyer membuat pengumuman yang sedemikian rupa. bayangkan para pelajar yang mengambil jurusan ini di IPT tetiba mengetahui masalah yg dihadapi apakah perasaan mereka sekarang ini.cuba renungkan sedikit, tak ada sesiapa didunia ini membuat sesuatu perkara sedangkan dia tahu apa yg dibuat itu tak akan membawa apa2 makna pada mereka. dalam hal ini saya merasakan yang seolah2 kerajaan dan juga pihak berwajib ingin melunturkan terus semangat juang yang sedia ader dalam diri para pelajar2 jurusan perguruan di IPTA ini luntur sama sekali. sebab cuba bayangkan buat apa mereka meneruskan semangat juang mereka dgn bersungguh2 sedangkan angan2 kosong yang menanti mereka di kemudian hari. cuba fikirkan. kalau nak ditimbulkan soal budget dalam masalah ini kenapa sekarang banyak lagi perkara2 yang membazir dalam perbelanjaan kerajaan? kenapa? adakah kiter lebih pentingkan benda2 yang membazir drpd pembangunan modal insan tuk negara kita sendiri. untuk menjadi suatu negara yang maju dari semua aspek kehidupan, bukan hanya dari segi kulit luarannyer sahaja tapi yang penting adalah pada asasnyer terlebih dahulu. maka disinila pentingnyer penduduk di negara ini dididik untuk menjadi seorang manusia berkualiti. tapi sekarang kita dapat lihat negara kiter saja nampak menuju kearah kemajuan tetapi tak der usaha nak didik penduduknyer untuk berfikiran maju. jadi disini la penting nyer negara kiter melahirkan lebih ramai pendidik yang berkualiti dan maju bukannyer semakin menyekat kebanjiran mereka.
wah, bukan main mngata KPLI ye.. kualiti ke x itu bergantung pada individu.. ingat semua guru lepasan IPTA rajin ke kat sekolah? bila ada acara apa2 mesti cuma cikgu lelaki je asyik terkena, xkira KPLI ke maktab ke GSTT ke.. berlambak guru dari IPTA yang menunjuk pandai buat keje tapi malas sebenarnya dan berlagak macam bagus sangat, ye la 4 tahun pulun yang tu je. pastu, bila tanya ibu negeri dan bandar diraja perlis pun tak tahu.
aku pun idak la nk mengata bakal guru IPTA Ni tak bagus, tapi bersabar la. kan banyak keje lain kat luar, guna ijazah tu mintak la keje exec kat giant ke tesco ke amik pengalaman luar.. jangan kata degree tu x leh pakai utk keje lain sebab swasta byk x memilih ijazah spesifik mcm gomen.. nanti br jadi mcm cikgu KPLI yang rata2 dh bnyk pengalaman realiti kehidupan luar untuk dikongsi dengan murid.. lambat laun mestii jadi guru jugak, tak ada pun sapa2 yg ada kelulusan guru tak jadi guru selama2nya..
lagi 1 sebab ramai siswa/i yang dok perasan kerja dah terjamin mcm ramai kwn2 aku kat UPSI dulu, la ni dok maki KPM n KPLI/DPLI plak
butuh pak hang ustaz nizam,hang la keje dgn tesco,teman bangla
i m back, saya setuju ngan pendapat ustaz nizam, pada saya kpli/dpli/upsi/ipta semua adalah sama.tak der yang tak berkualiti n kualiti, sebenarnyer yg pling penting dalam soal kualiti n tak kualiti ini adalah bergantung pada diri seseorg manusia tue. event upsi/ipta yg ambik masa bertahun nak habiskan ijazah/master pendidikan jangan la anggap mereka itu betul2 berkualiti bila keluar.itu semua bergantung kepada motivasi diri dan juga macamna mereka memajukan diri masing dalam profesion nie. org2 kpli/ dpli sebenarnyer cuma mengambil satu inisiatif yg deberikan oleh kerajaan. saya rasa skop pembelajaran dimana2 institusi semua adalah standard mengikut apa yang diperlukan kerajaan.so disni tak timbul soal kualiti dan juga tak kualiti. apa yang saya lihat di sebuah sekolah setiap hari tuan pengetua tunggu di depan pintu pagar sekolah, tahu kenapa? sebab nak ambik nama guru yg datang lewat untuk perhimpunan pagi. dr sini adakah guru sebegini merupakan tokoh guru yg berkualiti sehinggakan tuan pengetua terpaksa ambik kedatangan para guru setiap pagi.guru disini merupakan dr lepasan maktab/ipta/upsi/kpli/dpli. so sama kan semua. so saya nak nasihatkan kepada semua bakal2 guru yang rasa diri mereka itu terlalu bagus tak kira dr kpli/dpli/maktab/upsi/ipta janganla mempersoalkan tentang kualiti sesebuah organisasi perguruan.sebenar semua adalah setaraf yang membezakannyer cuma motivasi diri seseorg individu itu sendiri. soal rezeki ini sebenarnyer bergantung kepada usha kiter dan permintaan semasa. tak semestinyer abih belajar terus dapat keje. betul kata saudara ustaz cuba bawa bersabar. banyak lagi keje lain kat malaysia. kenapa perlu dipersoalkan sangat adakah kalau kiter mengambil jurusan perguruan dan bila kiter habis belajar still tak dapat keje kiter akan mati atau kebulur? takkan. tuhan sudah nyatakan yang rezeki ader dimana2 cuma apa yang perlu kiter lakukan adalah berusaha. pada saya org yang suka bising pasal tak dapat keje nie adalah org yg malas n tak nak usaha tuk mencari rezeki.tak salah untuk kiter mencari kerja lain terlebih dahulu semntara menunggu peluang yg kiter cari .itu sebenarnyer lebih bagus dari dok saja n komlaint yang bukan2 buat menghabiskan beras jer. sekian. terima kasih ustaz berikan satu pandangan yg agak bernas.
saya sangat bersetuju dengan pendapat ustaz nizam dan zamri….. saya rasa cadangan cuba bidang lain dulu dan bila ada peluang lagi untuk ditempatkan semula cuba lagi…… bertebaranlah dahulu di merata dunia…. rezeki Allah banyak dilimpahkan di negara kita…..dengan pengalaman yang ditimba dalam bidang selain pendidikan akan memantapkan diri kita menjadi seorang guru yang benar2 bersedia mendidik…guru kpli atau sebaliknya sama saja malah ikhlas saya bersetuju guru kpli lebih bagus kerana ada kelebihan ilmu di bidang lain.motivasi mendidik mesti selalu kita janakan setiap hari..kita sama saja kerana kedua2 pihak adalah mereka yang akan menerima panggilan keramat”guru”..sabar dahulu wahai sahabat2…hal kerajaan mengurus kewangan negara biar kerajaan uruskan..tugas kita bakal guru bina manusia.sebelum bina manusia bina diri kita jadi manusia sebenarnya manusia.rezeki kalian akan datang juga akhirnya…..hidup mesti diteruskan… paling penting semangat mahu jadi “guru”mesti terus dipegang sampai mati….teruskan perjuangan kalian……….akan tiba giliran kalian mendidik suatu hari nanti….sama2 kita doakan……
Salam.
Boleh saya tahu selalunya KPM buat temuduga setahun berapa kali? Ramai kwn2 sy gagal interview sesi oktober/Nov 2009. Calon tajaan KPM juga gagal. Ramai kwn2 sy bercadang untuk membuat permohonan interview semula tapi tak tahu pula bila untuk sesi 2010. Ada sesiapa yang tahu?
:,)
Kepada semua graduan upsi, SABAR MENANTI. Tetapi, dalam kesabaran menanti itu, cuba carilah kerja di mana-mana termasuk kolej swasta ataupun TESCO! Isyaalah, penempatan akan diberi apb keadaan kewangan negara menjadi lebih mantap.
Isu BEd vs. DPLI, bagi saya, sama aje dari segi kualiti kerana DPLI akan belajar semua kursus pendidikan dalam B.Ed dalam masa yang singkat (6 bulan), walhal dalam B.Ed, kursus pendidikan diajar secara sedikit demi sedikit sepanjang 4 tahun pengajian. Di samping, pensyarah yang mengajar kursus-kursus pendidikan semuanya pakar-pakar pendidikan dalam bidang masing-masing. Oh, yang saya nampak, bezanya adalah dari segi mutu penyeliaan. Pelatih BEd diselia oleh sama ada pensyarah konten (tak ada kelayakan ikhtisas pendidikan dan tidak pernah berkhidmat sebagai seorang guru terlatih di sekolah) atau pensyarah pendidikan. Tetapi, pelatih DPLI SEMUANYA diselia oleh pensyarah pendidikan. Kalau diselia oleh seorang pensyarah konten, ini adalah sama dengan senario di mana seorang doktor pelatih diselia oleh seorang pensyarah ber-PhD dalam bidang microbiology/psychology/geography yang tidak memiliki kelayakan ikhtisas perubatan dan tak pernah menjadi seorang doktor di hospital. Keadaan ini banyak berlaku di UPSI. Kawan saya pernah cerita, penyelianya (pensyarah konten) tidak dapat memberikan nasihat tentang pedagogi semasa penyelia latihan mengajar; hanya setakat tentang suara, tulisan di white board, dan aspek-aspek pengajaran yang mana mak bapa kamu pun boleh komen! HaHa.
Tuan-tuan sekalian.
Perlu dikaji isu ini dari segi:
1. Kenyataan rasmi Kementerian Pelajaran (Ada/Tiada)
2. Bahagian Pengurusan Sumber manusia KPM ada mengumumkan pembekuan tersebut berlaku atau akan berlaku. (Ada/Tiada)
kalau item 1 dan 2 tiada dilaman web KPM, maka tuan-tuan tidak perlu risau.
Belajar seperti biasa (menuju kecemerlangan) dan ikuti prosedur biasa.
Terima kasih
Terima hakikat hidup.bakal-bakal guru seharusnya bijak mengambil peluang sementara diberikan penempatan mengajar supaya anda tidak kecewa sekiranya anda gagal ditempatkan. Terutamanya bakal guru ipta. Ingat,rezeki ada di mana-mana sahaja.anda tdk perlu kecewa sekiranya GAGAL.anda bukan sahaja bijak mengajar tetapi bijak berfikir untuk mencari rezeki. Insyaallah dgn adanya tulang 4 kerat anda dan selagi mampu,anda akan perolehi rezeki.yang paling penting adalah USAHA.
kalau pandai jadilah accountant atau dr,x payahlah asyik nak jadi guru……menyusahkn kerajaan ja ….
salam..
saya bakal mahasiswi upsi yg akan mendaftarkan diri pd 7 sept 2011 ini..
melihat komen2 kalian semua membuatkan saya bimbang akan nasib yg akan datang..
memandangkan jurusan yg sy ditawarkan (ism sains (matematik) dengan pendidikan OM,rmai rakan sy yg menyatakan open market tidak menjamin kerjaya sebagai seorang guru..benarkah??
hati sy mula bertambah risau apbla mmbca pge ini..
salam aidilfitri 2011,..
salam sejahtera kepada bakal guru…..
saya amat dukacita apabila mendegar cerita-cerita kalian. saya ialah seorang pendidik dan bakal isteri sayang seperti kalian menanti buah yang belum pasti gugurnya. bila saya balik behari raya tahun ini 2011….kawan menyatakan kerajaan membekukan penjawatan awam untuk membuat penyelarasan gaji…dijangka akhir bulan 9 semua posting akan dibuka kembali semua jawatan………al-maklumlah bulan 11 ni pelihanraya akan berlaku…..luahan hati kita ini lebih baik kita salurkan ke tv3 lebih berkesan dan mantop..hantar emel ke tv3…..