Seramai 2500 mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor mengadakan demonstrasi aman semalam mendesak pihak pentadbiran menurunkan yuran pengajian kolej universiti tersebut.
Demonstrasi tersebut berarak bermula dari perkarangan First Kafe sambil mengibarkan sepanduk kuis 1dan poster antaranya tertera “sampai bila mahasiswa makan maggi”, “Yuran naik,mahasiswa kelaparan” dan “mahasiswa tuntut yuran turun” berakhir di Taman Ilmu bagi mengadakn perhimpunan di situ.
Kumpulan Mahasiswa berkenaan yang menubuhkan Gabungan Mahasiswa Sedar (GMS) mendakwa yuran di kolej tersebut terlalu mahal dan tidak setimpal dengan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan.
Presiden GMS, Ahmad Syafiq Akmal Bin Ahmad Kamil ketika diminta mengulas mengenai demonstrasi tersebut,mengatakan ianya sebagai hari kemuncak kepada usaha untuk mendesak pihak pentadbiran menurunkan yuran kolej university tersebut.
“sejak bulan lalu,kita telah mengadakan beberapa pertemuan dan perbincangan sama ada pihak petadbiran atau pun pelajar.saya rasa sudah empat atau lima kali kita buat (perbincangan ) bagi menyelesaikan masalah ini.”
Walaubagaimanapun katanya,pertemuan dengan pihak pentadbiran sebelum ini seolah-olah tidak didengar dan dipandang serius oleh pihak pentadbiran.Bahkan lebih mencurigakan lagi, Timbalan Rektor kolej tersebut menyatakan bahawa beliau tidak mengetahui langsung berkenaan maklumat kenaikan yuran.
“Selain itu,wakil GMS yang pergi berbincang juga turut dipertikaikan dan dinafikan atas alasan tidak mempercayai suara mahasiswa walaupun sebelum ini kita telah mengumpul responden dari mahasiswa sendiri.”
“jadi hari ini kita ingin buktikan bahawa ini (desakan) memang dari mahasiswa dan kita amat serius berkenaan hal ini.”ulasnya selepas selesai demonsterasi semalam.
Demonstrasi tersebut berakhir dengan penyerahan daripada Presiden GMS kepada setiausaha Rektor En.Azmi.
GMS yang terdiri daripada beberapa pimpinan pelajar mula bertindak serius pada 27 Oktober 2009 apabila melakukan pertemuan dan edaran secara langsung kepada mahasiswa khususnya yang tinggal di asrama. Hasil kutipan borang kaji selidik tersebut pihak GMS berjaya mengumpul sebanyak 1,882 respondan yang kebanyakannya tidak berpuas hati terhadap yuran yang dikenakan.
mahasiswakini.com














14 gerakbalas-gerakbalas so far ↓
najmee // November 8, 2009 pada 00:58 |
assalamualaikum
erm…nak bagi pandangan sikit pasal budak2 bengong gms ni
aku sebagai bekas student kuis malu dengan tindakan tak berotak mereka2 yang menyertai gms…erm elok sangat la tu…tempat korang sendiri menimba ilmu…korang wat mcm tu…pas tu nak kutuk lecture makan gaji buta la..apa la…tak berkat ilmu yg korang dapat..tak payah la nak di bandingkan yuran kuis ngan ipts yg lain seperti kipsa,kuin,kias atau seangkatan dengannya..sebab ipts tu bukannyer dalam selangor..naper tak bezakan yuran kuis ngan yuran ipts lain dalam selangor..mcm unisel,kliuc,mmu,lim kok wing,uniten..bapak mahal giler yurannyer dari kuis…x der plak aku dengar student2 mereka buat tindakan bengong mcm gms ni buat…student kat situ ramai jugak yg dari orang susah…ok jer..kenapa nak dibezakan yuran kuis dengan ipts kipsa,kuin,kias atau seangkatan dengannya..ipts tu x sama dengan kuis…tengok la infrasturktur mereka mcm mana…tak kanlah korang yg duduk asrama yg mcm apartment tu..nak yuran murah….aku yg duduk ukm ni yuran asrama lebih kurang yuran asrama kuis…cuma yg beza jer yuran pengajian jer yg murah…patut nyer korang dah sedia maklum ipts x mcm ipta yg separuh kerajaan support…lagi satu..dah tahu yuran kuis mahal…naper mohon masuk kuis…g la masuk ipts yg korang banding-bandingkan tu…tu yg aku pelik ngan korang yg wat demonstrasi tu..dengan terjerit terlolong…buat malu jer pompuan yg tudung labuh…mcm perempuan x bermoral..elok sangat terjerit terlolong…dengan keluar tv nyer…yg aku pelik apa yg korang x puas hati ngan yuran tu….
yuran tu korang bayar ngan duit ptptn..mana dapat biasiswa bayar ngan biasiswa..jadi apa masalhnyer bayar jer…sepatutnyer duit ptptn tu untuk korang bayar yuran jer tau…aku percaya korang yg g demonstrasi tu hampir semu…duit lebihan ptptn tu selain korang wat makan…korang wat berjoli..x payah la bodohkan diri pergi ikut demonstrasi…yg lelaki nyer ada yg merokok guna duit ptptn,duit biasiswa…pergi tengok wayang guna duit tu jugak..pergi jalan berbelanja itu ini..berboros tu berboros ini…sebab tu korang mintak turun harga yuran..sebab biar lebih sikit korang nak berboros ngan duit tu…aku percaya hampir semua student kuis tu duit lebihan ptptn buat berbelanja benda yg x berfaedah…korang jer beria…ipts yg lain kat selangor ni…x der pun mcm tu..
mas idayu // November 13, 2009 pada 10:52 |
mcm ni nk bg th kt awk….klu la awk ni x th psl urusn pntdbiran phk atasan janganlah awk ckp mcm 2. kau tau x pihak pngurusan byk wk penyelewengan psl duit student, klu kau yg sblm ni x th ape2 psl phk pngurusan jngan ckp kurang biadap mcm 2, sb semuanya tlah kami lalui n kami serve semua secara mendalam.kami bkn kt mcm yg kamu kt 2. sb sy sendiri ada org dlm dlm penurusn kuis sendiri yg mengesyorkan kami tgakkn psl yurn. kami buat ni semua ada bukti2 dan dalil yg kukuh ternyata dr pihk atasn sendiri. bknnya kami ikut main hentam je…… FAHAM…………….
ustaz muallaf // November 28, 2009 pada 17:20 |
Assalamualaikum w.b.t
saya amat tertarik dengan tulisan yang awak berikan berkenaan dengan demo yang di lakukan oleh pelajar-pelajar Kuis baru-baru ini. dengan selamba awak menuduh kami dengan tuduhan yang bukan2 tanpa ada bukti yang jelas..rasanya anta masih ketinggalan zaman dan tidak mengikuti peredaran masa apa yang sedang berlaku sebenarnya di kuis sekarang. mungki juga awak ini anak orang kaya jadi padanlah apa yang awak katakan, tetapi adakah semua pelajar kuis yang berjumlah 2,ooo yang berdemo menentang yuran mahal baru ini melakukan kegiatan seperti mana yang awak tuduh…..
tanpa pergi jauh-jauh saya mengakui saya antara orang yang terlibat didalam demo tersebut, kerana pihak pengurusan telah menzalimi saya. untuk pengetahuan awak saya bukan nya orang yang senang lenang. saya baru sahaja memeluk islam 3 tahun yang lepas, keluarga saya pula tidak mengaku anak dan menghalau saya daripada rumah, ketika saya masuk ke kuis pada bulan mei baru ini saya terpaksa berhutang kepada kawan-kawan untuk membayar yuran pendaftaran sebanyak Rm 1,000 kerana tidak ada orang yang mahu membantu saya. selepas masuk ke kuis pula saya tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli buku-buku, bayar yuran persatuan, uniform dan duit makan, kadang-kadang saya terpaksa berpuasa, makan maggi dan kawan-kawan ana yang belanja makan. yuran pula mahal. sem satu sahaja yuran yang terpaksa saya bayar lebih kurang 3 ribu lebih dan pada sem 2 ni yuran yang terpaksa saya bayar sebanyak 4 ribu lebih..mungkin awak tertanya-tanya mana perginya duit ptptn..untuk pengetahuan awak duit ptptn hanya berjumlah 4 ribu sahaja, jadi sekiranya yuran berjumlah lebih empat ribu cukup x…awak ada otak fikir2 lah.
rasanya penderitaan yang saya terima lebih pedih daripada orang lain, saya terpaksa berkerja setiap hujung minggu untuk mencari duit lebih, ketika orang lain sibuk belajar saya pula terpaksa berkerja semata-mata untuk menampung pengajian di kuis. saya tidak dapat memohon bantuan ptptn kerana semua dokumen saya seperti sijil spm, surat berhenti sekolah, di ambil oleh keluarga saya dan mereka tidak akan membantu selagi saya masih beragama Islam. awak mahu saya murtad hanya kerana mengajar duit ptptn yang ada unsur riba tersebut?..
mungkin awak bertanya “dah tahu kuis ipts mestilah yuran mahal”…itulah perkataan orang islam yang tidak membangunkan umat islam,,, bagi saya, saya akan menjawabnya “dah tahu yuran kuis mahal kenapa kuis buka juga permohonan kemasukan” rasanya bukan pelajar-pelajar kuis yang demo begong tetapi awak sebenarnya yang begong…
untuk pengetahuan awak pada sem 2 ini saya terpaksa menangguhkan pengajian kerana tidak mempunyai wang langsung untuk makan. apa lagi untuk membayar yuran yang mahal sangat..jadi saya harapkan supaya mulut awak yang celupar itu tolong tutup sedikit untuk kebaikan kita bersama. mungkin awak berfikir saya masuk ke kuis kerana keputusan saya tidak melayakan masuk ke ipta, untuk pengetahuan awak sebelum saya memohon masuk ke kuis saya telah mendapat tawaran belajar ke luar negara di dalam kejuruteraan, saya juga mendapat tawaran belajar di MSU didalam bidang undang-undang koporat tetapi saya menolak nya kerana semata-mata mahu bekajar agama.
oleh yang demikian apabila awak membaca respon ini, harap jangan terus marah tetapi sebelum membuat tuduhan kaji dahulu berita tersebut. jangan terus mengutuk orang lain…kalau lah awak marah saya minta maaf banyak tetapi sebelum awak marah awak fikir dahulu apa yang awak telah tulis….dan saya sedia untuk berdebat, berbincang tentang hal ini,,,,untuk mencari kebenaran….boleh hubungi dalam e-mail ini : wan_muallaf@yahoo.com
anak jati kuis // November 9, 2009 pada 14:45 |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera dan salam turun yuran…
apabila menyentuh mengenai yuran mahal,saya sendiri sebagai pelajar KUIS juga terkena tempias mengenai isu ini.Saya adalah pelajar semester 2 diploma komunikasi di KUIS.untuk fakta kepada semua,yuran semester 1 yang saya bayar hanyalah RM2776.50.tetapi yuran pada semester ini,yuran yang perlu saya jelaskan ialah RM 3800.maka jelaslah bahawa yuran telah meningkat jauh lebih tinggi dari semester lepas sedangkan saya tidak melakukan penambahan subjek dan perkara-perkara lain yang boleh manjadikan harga yuran naik.cuma yang saya dapati,perkara mengenai yuran naik ini belum sampai kepada Dato’ Adnan bin Isman,iaitu rektor KUIS pada sebelum ini.Cuma sampai kepada rektor apabila Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) membuat bantahan pada hari Jumaat yang lepas (6/11/2009).Jadi saya dapat memberi kesimpulan bahawa mungkin Dato’ rektor KUIS tidak berkaitan kerana beliau sendiri yang diamanahkan oleh kerajaan negeri Selangor untuk menjaga KUIS sebagai IPT di bawah tadbiran kerajaan Selangor.Cuma yang dapat saya kesan di sini bahawa mungkin sekumpulan “makhluk” dalam Jabatan Pembangunan Mahasiswa (JPM) yang menyelewengkan duit mahasiswa untuk kepentingan mereka.Kerana sebahagian “makhluk” itu merupakan kroni-kroni UMNO/BN yang masih bertugas di dalam KUIS walaupun KUIS telah diurus tadbir oleh kerajaan pakatan rakyat di Selangor.Alasan kenapa mereka dikekalkan di KUIS ialah untuk menjaga keadilan kepada semua pihak tanpa mengira fahaman politik.Namun apabila diberi ruang untuk mereka bekerja,mereka “membalas budi dengan begitu baik sekali”.Itulah sebabnya kenapa berkalu kebocoran.Apatah lagi didapati sebahagian staf dalam JPM kecuali Dekannya yang tidak melayan dengan baik persoalan-persoalan dari golongan mahasiswa walaupun mahasiswa yang mengadu kepada mahasiswa itu datang dengan cara yang baik dan beretika.Inilah ulasan dan pemerhatian yang dilakukan oleh saya,mahasiswa KUIS sendiri.Wallu A’lam
UIAS // November 9, 2009 pada 19:45 |
Assalamualaikum Anak Jati KUIS,
JIWA kita ni jangan lah diPENUHI dengan sifat BURUKSANGKA, lama kelamaan HATI akan menjadi HITAM.
Berilah pandangan yang POSITIF yang BERSIFAT seperti orang yang BERPENDIDIKAN TINGGI seperti pelajar KUIS yang lain.
Wassalam
NUA // November 9, 2009 pada 21:47 |
salam…
kemunculan REDHA RESOURCE (RR) di kuis menjadi titik tolak kenaikan harga yuran pelajar kuis…semasa saya semester 1 2007/2008, yuran saya hanya dalam linkungan rm 2300-2700. selepas pihak RR muncul du kuis, yuran saya terus meningkat sehinng rm3500.saya rasa ia satu peningkatan yg amat ketara…pihak kuis harus bertanggungjawab atas semua ini….saya juga tidak menyalahkan pihak kuis sahaja… saya lihat pihak MPM tidak berapa aktif di kuis utk memperjuangkan hak pelajar…GMS bertindak selepas mereka merasa beban dan baru nak sedar bebanan pelajar sebelum ini.
takbir // November 11, 2009 pada 17:02 |
salam kpd smua student kuis yg blm sedar..apakah kau lupa..kite telah dpermainkn oleh golongon2 yg tdk amanah dlm mnjalankn tanggungjawb..kami bkn nk mnyalahkn kuis..tp kami tdk brpuas hati dgn pihak yg mnjalankn tugas.tlg la hargai kami.sp ckp duit lebih ptptn kami wat enjoy??nk bayar yurun pn x cukup..x pe la..stiap ssuatu ada balasan..jgn smpai allah tarik nikmat..sy malu dgn pihak kuis yg tdk amanah..salam.
aiman // November 14, 2009 pada 01:10 |
salam…kalian semua, penggerak utama gms bukannya sembarangan org..mereka pelajar akademi islam, kehebatan mereka dlm akademik turut diakui pensyarah..ada yg prnh jadi debator terbaik pun dan pernah harumkan nama kuis..yg tu korang tak tau lak kan?pada hemat sy pelajar yg berpendidikan agama dan berilmu tinggi tak akan buat perkara yg tak mendatangkan apa2 faedah melainkan mereka sendiri telah mengkaji dan menyelidik serta mencari bukti2 kukuh terlebih dulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan, mereka bukannya membuat tuduhan melulu..sepatutnya inilah semangat yg patut ada dlm diri setiap mahasiswa..berani dan lantang bersuara, bukannya hanya berdiam diri dan berpeluk tubuh melihat rakan2 lain mengikat perut dan terpaksa berhenti belajar kerana tak mampu bayar yuran yg sangat mahal tu..inilah perjuangan namanya..dulu sblum merdeka, inilah semangat yg kita ada utk menentang penjajah..cuba fikir, sampai bila lagi mahasiswa ni nak berani?kita perlu bangun untuk mempertahankan hak kita..itupun nasib baik la ada gms..kalau tak, tak ke mananya suara mahasiswa ni..smpai bila2 pun pentadbiran tak akan buka mata..sekurang2nya dgn adanya gms ni, mpm jadi rajin sikit kan sebab ada saingan(maafla ye)..nak sentuh pasal himsis itu hari, di mana suara mutlak mahasiswa?ada pulak nak sekat2 orang dari menyuarakan pendapat di depan khalayak mahasiswa lain..sebenarnya kes2 macam ni bukan berlaku kat kuis je, kt ipt lain pun banyak cuma diorg tak berani nak bersuara..yela mungkin takut biasiswa ditarik atau praktikal tak approve..so diam jela kan..pada mahasiswa yg tak sedar2 lagi tu cubala sedar ye..mereka buat semua ni setelah rundingan damai dibuat tapi tak mendatangkan apa2 kesan..yg marah sgt student prmpuan berdemo tu apa hal?berjuang untuk benda kebaikan apa salahnya..sedangkan saidatina aishah sendiri turun berperang..yg pakai ketat2 tu korg tak ckp ape pulak kan..korang pernah tau tak, mmu ada isu student saman pensyarah dan usim dgn isu markah kesian tapi tak de pulak dgr biasiswa or praktikal mereka ni direject.. lagi satu, di sebalik isu ni, jgn cepat terpedaya dengan macam2 fitnah or cerita mengarut lain,kadang2 ada provokasi dari pihak ketiga..kpd gms, teruskn perjuangan anda,kami menyokong dari belakang..ingatlh, tiada perjuangan tanpa rintangan..kebenaran memang sukar ditegakkan tapi BOLEH ditegakkan..sesungguhnya Allah bersama dgn org2 yg sabar..nabi tercinta pun jenuh diuji semata2 untuk mnegakkan kebenaran..inikan pula kita…
abujihad // November 14, 2009 pada 20:47 |
assalamu’alaikum wbt,
tiada gunanya kita duk bergaduh sesama Islam…
orang yahudi dan kristian senyum lebar dan berbangga dengan acuan yang mereka buat…menghasilkan ummat Islam yang tidak lagi bercirikan akhlak Rasulullah…
kpd sahabat yang pertama komen tadi…bahasa anda agak kurang sopan dan tidak mencirikan kita sebagai orang Islam. pabila orang Islam seperti inilah yang akan merosakkan Islam itu sendiri.
nun dikejauhan sana ummat2 Islam dibantai, ramai orang2 asli dihutan sana yang belum merasai nikmat iman dan Islam dan tidak kurang yang murtad(kristian). untuk kita lihat jalan juang jihad fisabilillah…
bukannya dengan berselisih pendapat dan bergaduh semacam ini.
“marilah kita mencari nilai titik-titik persamaan, bukannya perbezaan. agar nur Islam itu gah di persada dunia untuk kita menuju ke akhirat yang kekal abadi.
syukran, jazakallahu khoiran kathira…
wallu’alam…
muhammad fuad hilmi zakaria.
pengerusi prihatin malaysia.
abujihad87@gmail.com
0129520396.
eyza // November 20, 2009 pada 21:16 |
ehm….
skong supaya turun kan yuran tapi mesti kene dengan cara..so,kene cari jalan terbaek nak settle kan masalah nie…
UIAS // November 21, 2009 pada 09:26 |
Apakah kesan setelah demontrasi baru2 ni?:
1 – Hajat untuk menjadikan KUIS sebagai universiti penuh akan terencat. Ada pihak2 yg tak suka KUIS dijadikan universiti penuh?
2 – Tawaran syarikat swasta dan badan kerajaan untuk bakal graduan menjalani practical traning, ada yang telah ditarik balik.
3 – Lonjakkan ’saham’ sdr kita Syafiq Akmal Bin AHMAD, rasa2nya saya kenal keluaganya kat kulim ni.
Yang penting disini GMS seharusnya mengunakan negotation power untuk berbincang dan terus berbincang (mungkin cara ini lambat popular, tak masuk TV atau akhbar dan orang kampong kita pun tak tahu)
Jadikan Islam sebagai way of life, setiap langkah yang hendak dibuat fikir habis2 akan kesannya pada jangka masa pendek dan jangka masa panjang
gmskuis // November 22, 2009 pada 23:40 |
Blog gerakan Mahasiswa Sedar(GMS) ditiru oleh pihak tidak bertanggungjawap dengan mengunakan alamat yang hampir sama bagi mengelirukan orang ramai.Mereka menggunakan header yang dicopy dari blog asal GMS.Yang membezakan blog ialah logo rasmi GMS warna latar yang berbeza.
Peringatan untuk semua sahabat blog http://gmskuis.blogspot.com telah di ceroboh dan kata kunci telah ditukar menyebabkan pihak GMS kuis sudah tidak mempunyai akses untuk update blog tersebut. Segala posting di blog tersebut bukan mewakili Gerakan Mahasiswa KUIS.
http://gmskuis-info.blogspot.com
Semoga perjuangan DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA mendapat dokongan semua pihak. Salam Perjuangan Salam Mahasiswa
DARI MAHASISWA KEPADA MAHASISWA // November 22, 2009 pada 23:42 |
Blog gerakan Mahasiswa Sedar(GMS) ditiru oleh pihak tidak bertanggungjawap dengan mengunakan alamat yang hampir sama bagi mengelirukan orang ramai.Mereka menggunakan header yang dicopy dari blog asal GMS.Yang membezakan blog ialah logo rasmi GMS warna latar yang berbeza dan lagu latar yang berbeza.
Alamat Blog Tulen GMS http://gms-kuis.blogspot.com/
Alamat Blog Tiruan GMS http://gmskuis.blogspot.com/ ialah sebuah blog yang dijangkiti spyware, pengunjung yang melayari blog tersebut boleh menyebabkan komputer mereka dijangkiti spyware trojan yang dicipta untuk mendapatkan kata kunci (passwodr) dan data peribadi.
gmskuis.blogspot.com // Disember 6, 2009 pada 00:20 |
untuk makluman blog2 ini adalah GMS PALSU…
http://gmskuis-official.blogspot.com/
http://gms-kuis.blogspot.com/
ini blog sebenar…
http://gmskuis.blogspot.com/
Ya Allah bantulah orang2 yang benar…
Amin…