10 Peristiwa Terhangat Sepanjang 2010:Siswi Serumpun Bakal Diusir Dari Kolej


4. Siswi Serumpun Bakal Diusir Dari Kolej

Pada akhir semester kedua bagi sesi 2009/2010, warga Kolej Serumpun khususnya mahasiswi yang menetap di sana berdepan dengan risiko kehilangan tempat tinggal setelah pihak PJSD iaitu syarikat swasta yang menguruskan kolej berkenaan mengambil keputusan untuk menstrukturkan bilik-bilik di blok siswi. Penstrukturan ini bakal menyaksikan sejumlah hampir 1000 orang mahasiswi yang menginap di sana terpaksa keluar dari kolej berkenaan.

Pengarah Pengurusan PJS Development, En. Rasemi bin Mat Alim memaklumkan penstrukturan itu dibuat setelah mendapat arahan daripada pihak pentadbiran UPM yang ingin memberi keselesaan kepada mahasiswa yang menginap di kawasan kolej berkenaan.

Keputusan ini ternyata menimbulkan rasa tidak puas hati kalangan mahasiswi yang menginap di sana. Ramai yang beranggapan, keputusan ini walaupun baik untuk masa depan mahasiswi di kolej berkenaan, namun tindakan tergesa-gesa untuk memindahkan mahasiswi keluar dari kawasan kolej berkenaan dalam masa yang singkat merupakan satu tindakan yang tidak bertanggunjawab.

Pengerusi Pro-Mahasiswa UPM pada waktu itu, saudara Ahmad Faris Rakbi dilaporkan bersedia untuk menganjurkan satu protes secara aman sekiranya isu tersebut tidak dapat diselesaikan dengan segera. Akhirnya, selepas perbincangan dengan pihak MPPUPM, pihak pentadbiran menangguhkan dahulu keputusan untuk memindahkan keluar mahasiswi di kolej terbabit ke satu masa akan datang.

 

Perihal Pro Mahasiswa

Kampus Milik Mahasiswa

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.