Kolej Mohamad Rashid Bakal Dirobohkan?
Berita mengenai isu kolej kediaman Pertama UPM, bakal dirobohkan bertiup kencang di sekitar kampus. Berikut merupakan perkembangan terkini mengenai isu tersebut:

Penghuni KMR kini akan berhadapan dengan isu perobohan kolej mereka dan akan ditempatkan di luar berdekatan South City. Majoriti penghuni tidak bersetuju kerana jarak yang terlalu jauh. Selain itu, informasi memberitahu bahawa kemasukan pelajar baru tidak akan dilakukan.

KRONOLOGI
JUN @ JULAI 2010 – PERJUMPAAN PERTAMA DENGAN NAIB CANSELOR ,TNC,PEMBANGUNAN (PROF. DR NIK MUSTAPAH & PROF. DR. AZALI )
KMR hanya akan di baik pulih, setelah didapati tidak melepasi penyelarasan ISO. Wakil daripada PEMBANGUNAN telah membuat semakan di KMR dan menyatakan KMR perlu dibaik pulih kerana masalah perpaipan, ‘wiring’, tingkap yang pecah. Pelan Penyelenggaran Kolej dikhabarkan tidak mendapat kelulusan daripada Bahagian Pembangunan UPM. Proses pecah tanah sepatutnya bermula 02/07/2010 dan akan mengambil masa 4 tahun. Tiada hitam putih dikeluarkan untuk perjumpaan ini. Pelan Penyelenggaraan hanya dibenarkan dilihat oleh Majlis Tertinggti Mahasiswa [MTM] tapi tidak dibenarkan untuk memiliki ‘soft copy’
SEBELUM BERMULA SEMESTER 1 (2010/2011)
Maklumat mengenai pengosongan KMR disebarkan kepada pelajar-pelajar KMR menerusi surat daripada pengurusan KMR. Dalam surat tersebut dimaklumkan bahawa KMR akan dikosongkan bermula pada sem 1 (2010/2011) dan maklumat juga disebarkan melalui Facebook. Pelajar KMR di tempatkan di Kolej SERUMPUN buat sementara waktu.
SEPANJANG SEMESTER 1 (2010/2011)
Wujud kesukaran untuk MTM mengadakan aktivti kolej kerana kedudukan pelajar yang tidak setempat dan bertebaran. Tetapi, aktiviti tetap dijalankan walaupun terpaksa menyediakan bas untuk mengadakan aktiviti kolej di kolej sendiri iaitu KMR. Antara aktiviti yang dijalankan di KMR (semasa sem 1 2010/2011) Malam Sinar Ramadhan dan jamuan hari raya KMR.
OCTOBER 2010 – PERJUMPAAN KEDUA DENGAN TNC, PEMBANGUNAN, KETUA BAHAGIAN-
MTM KMR meminta penjelasan mengapa KMR masih lagi tiada perubahan? TNC tidak tahu-menahu mengenai isu ini dan kecewa mengapa pelbagai janji dibuat dengan pelajar namun tiada sebarang tindakan?? Mengapa pelajar KMR tidak dibenarkann masuk semula ke kolej kediaman mereka?? Dan keputusan diambil untuk memanggil semula pelajar KMR pulang, pemberitahuan dibuat menerusi pengumuman dan pemberitahuan kepada pelajar-pelajar KMR. Dan malangnya terdapat seramai 27 pelajar junior enggan pindah ke KMR dengan beralasan bahawa mereka sudah selesa berada di Kolej Serumpun dan dapat bersama rakan sekelas. Pelajar tahun pertama tidak dibenarkan berpindah kolej dan aduan telah dibuat kepada En. Pauzi Karim, Felo Kolej, namun tiada tindakan diambil (tiada hitam putih untuk pertemuan kali ini)

Kolej Mohamad Rashid- Kolej Kediaman Pertama yang banyak melakar sejarah kegemilangan Mahasiswa
BERMULA SEMESTER 2 (2010/2011)
Pelajar KMR pulang semula ke kolej kediaman mereka semula…
JANUARI – PERJUMPAAN DENGAN TNC (FAUZI RAMLAN)
Perubahan rancangan secara mendadak diputuskan TNC, status KMR akan dinaiktaraf. Didapati terdapat Pelan Baru daripada Bahagian Pembangunan UPM, Timbalan Naib Canselor dan Naib Cancelor yang telah disahkan dapat dilaksanakan. PELAN BARU ini dirangka dalam keadaan pihak PEMBANGUNAN tidak datang semula ke KMR dan hanya menggunakan pemerhatian yang mereka jalankan pada tahun lalu (Sebelum bermula bermula semester 1 2010/2011). (juga tiada hitam putih untuk pertemuan kali ini).
FEB @ MAC – PERJUMPAAN KETIGA, TIMBALAN NAIB CANSELOR, DAN ORANG-ORANG YANG TERLIBAT
KMR tidak akan dirobohkan, hanya ‘Redevelopment’. Tetapi berdasarkan plan yang dilihat wakil-wakil KMR bsama pihak atasan, KMR akan dirobohkan bukan ‘Redevelopment’. Berdasarkan perancangan, KMR akan diganti dengan kompleks pelajar setinggi 8 tingkat yang akan dilengkapi dengan saloon, bowling (tujuannya untuk memudahkan pelajar agar tidak perlu ke luar bagi mendapatkan hiburan dan perkhidmatan), dan akan dibina penempatan bagi pelajar elit (seperti pelajar MSN).
15 MAC 2011
Perjumpaan ahli Majlis Perwakilan Pelajar [MPP] bersama MTM KMR, wakil MPP menyatakan KMR tidak akan dirobohkan, hanya sebahagian bangunan sahaja yang akan dirobohkan. MPP juga menyampaikan hasrat TNC agar pelajar-pelajar dapat bertenang.
ISU PENGGANTUNGAN ‘BANNNER’ DI TINGKAT 2 KMR
Tidak mendapat persetujuan daripada MTM tetapi mereka bersetuju secara tidak langsung, ‘Banner’ digantung pada awal pagi (1-2pg), namun pada pagi yang sama (5pg) pihak pengurusan menghantar mesej agar ‘banner’ diturunkan..
Pengurusan meminta MTM untuk menyelesaikan masalah dengan berjumpa pelajar.. MTM dan pelajar sepakat dalam isu ini, Oleh itu, ‘banner’ itu masih lagi digantung hingga ke hari ini…
4th Mesyuarat (24 MAC 2011) bersama TNC/PEMBANGUNAN..
Mesyuarat dibatalkan kerana TNC tiada setelah Setiausaha TNC membuat panggilan telefon kepada wakil MTM KMR pada 21 MAC 2011.
Pihak MTM KMR pernah buat appointment baharu ingin bertemu dengan Naib Canselor ingin berbincang isu ini, Tetapi kes ini diserahkan semula kepada Timbalan Naib Canselor, Prof. Dr. Fauzi Ramlan.
Baru-baru ini penghuni Kolej Mohamad Rashid telah menganjurkan Karnival KMR sebagai tanda ingin menunjukkan kasih sayang penghuni kepada kolej kediaman dan perlu dipertahankan, surat jemputan sebagai VIP telah diberi pada semua jemaah Presiden, Timbalan Naib Canselor HEP , Bahagian Pembangunan UPM, namun dikhabarkan hanya pengetua KMR saja yang menghadirkan diri.



MPP BACUL! PENGECUT, FAUZI RAMLAN LETAK JAWATAN! KERJA-KERJA ORANG GILAKAN PROJEEEEEEEEEEEEEEEEEK! DALAM UPM!
Lepas ni hang la ganti jadi TNC…
X patut betul roboh KMR utk diganti dgn penempatan elit dan kompleks hiburan kat situ. kesal sgt dgn pihak pembangunan..
Abis kalau da nak duduk pn tak bole.. baik roboh je buat baru. Apa yg tak patut? cakap pakai AKAL la beb..
Tapi bila dah ada McD/Starbuck/Kedai buku popular/bank dsbnya…korang tetap pergi kesana jugak kan?
Macamlah tak tahu korang ni barua, x payah nak pura2 lah wei… student tak bodoh seperti yang korang sangkakan. Macam mana korang boleh dapat duit untuk projek ni?
1. KMR ROBOH-Korang akan dapat duit
2. Bina Bangunan-Korang akan dapat duit
3. Buat Kolej Baru-Korang akan dapat duit lagi.
Kenapa nak robohkan KMR, bukankah ada kawasan yang luas lagi sekitar UPM ni? Hairan kan… ha… tu lah cara korang nak cari lubang2..duit dalam UPM! Bangsat!
KALAU BETUL NAK BUAT PEMBANGUNAN BARU UNTUK WARGA KMR KENAPA PERLU BINA 1 KOMPLEKS YANG 100% MELENYAPKAN SEJARAH KMR TU SNDIRI. APA SALAHNYA KALAU HANYA ROBOHKN BLOK2 YANG ADA DAN DI GANTI DGN BLOK2 YANG BARU TANPA MENJEJASKAN SUASANA KMR YG SEDIA ADA. bUKAN KAMI TOLAK PEMBANGUNAN,KAMI TERIMA PEMBANGUNAN ITU HANYA JIKA WARISAN DAN SEJARAH KMR DI KEKALKAN.. KAMI X NAK KOMPLEKS YG ADA PUSAT BOWLING N SALOON TU SEMUA KAT SINI HINGGA MUSNAHKAN 100% WARISAN KMR KAT SINI..KALAU NK BINA SANGAT KOMPLEKS BINA AJA DI TEMPAT LAIN..