Pembuangan Penghuni Kolej Beramai-ramai
SERDANG: Pembuangan beramai-ramai penghuni kolej kediaman di Universiti Putra Malaysia, mendesak agar pihak universiti membuat pertimbangan terhadap tindakan tersebut, yang dianggap tidak wajar.
Pengurusan Kolej Kedua (K2), UPM dipercayai membuang sebilangan mahasiswa bagi penempatan kolej untuk semester hadapan. Dalam senarai nama penempatan mahasiswa bagi semester hadapan, beberapa mahasiswa tidak tersenarai nama mereka sebagai layak untuk tinggal di kolej tersebut setelah dibuat semakan.
Mereka yang terlibat termasuklah mantan MTM 2010/2011, saudari Zuhairah Hayati Hared (gambar kanan). Menurut seorang mangsa, pembuangan ini dibuat secara senyap dengan cara nama mereka tidak tersenarai dalam penempatan semester hadapan.
Tambahnya lagi, mahasiswa terlibat hanya maklum setelah mereka semak senarai tersebut di pejabat pengurusan. Apabila dikaji tentang kriteria yang perlu ada untuk terus menetap di kolej kediaman, sumber tersebut mengatakan mereka yang tidak tersenarai untuk dalam penempatan semester hadapan mempunyai kriteria yang lengkap, malahan ada sesetengah mahasiswa yang tidak cukup merit tetapi memegang jawatan dalam Majlis Perwakilan Pelajar di Kolej Kedua mendapat pengecualian untuk terus berada dalam penempatan semester hadapan.
Seramai 8 orang mahasiswa kolej kedua terdiri daripada aktivis dan penyokong Pro-Mahasiswa tidak tersenarai untuk penempatan semester hadapan. Surat rayuan pula dikeluarkan pada minggu hadapan.
Di Kolej Canselor pula, seramai lebih kurang 100 orang mahasiswa tidak disenaraikan dalam penempatan semester hadapan, terdapat juga mantan MTM yang tidak disenaraikan dalam penempatan semester hadapan.
“Mereka yang disingkirkan tidak diberitahu sebab atau alasan mereka disingkirkan. Mereka yang hanya menyokong Pro-Mahasiswa pun dibuang tanpa alasan yang jelas. Lebih menghairankan lagi apabila kalangan mereka yang dibuang, cukup meritnya,” tegasnya lagi.
Di Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) pula, beberapa mahasiswa terkejut apabila nama mereka juga tidak tersenarai untuk penempatan semester hadapan. Walau bagaimanapun, perkara tersebut dibangkitkan ke peringkat pengurusan dan setakat ini mereka dimaklumkan, berlaku masalah teknikal dalam senarai tersebut. Mereka yang terlibat kini dalam proses rayuan yang diketahui keputusannya beberapa hari lagi.



apa la nasib aku kat kolej pahlawan ni nanti
aku bru lagi kat k2.tpi aku knal rapat jgak dgn pngurusan tertinggi k2..frust jgk la dorng buat kptusan cm2..nmpak sgt politik kotor 2..tolonglah paham.dorang perjuangkan islam..agama suci.bukan perjuangkan keganasanpun sampai kena buang kolej cm2..memang tidk adil.kepada yang jadi mangsa,harap bersabar.teruskan perjuangn anda…kegembiraan pasti muncul selepas perbuatan baik..ingatlah yang menghukum pasti sampai masa dia dihukum..
silap plk letak nama.tolong padam bleh?
ape plak komen untuk pelajar yg tidak dibenarkan menukar kolej atas alasan pengetua, “anda dan couple anda tidak boleh berdekatan, tidak mahu terpesong, biarlah seorng disini dan seorang disana”
sekarang ini, point dier, ak bukan nk oindah sebab ade couple, ak nk pinda sbb nk 1 bilik 2 org.. bukan 6 org!
stay luar je la senang..
betol2..
xpatutlah… uhuhu, ada mata untuk melihat, ada akal ntuk berfikir..
serius zuhairah mtm kolej ak kne buang..damn..pengurusan bwh mtm mmg mcm ni..kne kipas mtm br blh ddk kolej..bodek!..teruk!
Merit cukup tapi tetap kena buang..kenapa??kata dibawah satu pengurusan tapi pembuangan pelajar ikut blok..merit yg 20 lebih pun dpt stay kolej,sbb??Dia ada kepentingan utk kolej??