Menyelusuri akar masalah isu ‘JAIS serbu gereja’
Meneliti isu serbuan ke atas Gereja Methodist, Damansara Utama, banyak perkara dan penilaian yang harus dibangkitkan. Isu serbuan telah membangkitkan suatu kecaknaan masyarakat terhadap isu-isu yang berkaitan dengan agama islam. Melalui isu ini juga, 45 NGO bersatu menunjukkan sokongan terhadap Jais dan tindakan serbuan mereka. Saya selaku wakil kepada suara mahasiswa menyeru kepada semua agar lebih cakna dengan isu yang berlaku ini. 
Suatu simbolik kesatuan pemikiran masyarakat yang cakna akan isu ummah. Sesuatu yang sewajarnya kita syukuri lewat pelbagai krisis yang melanda ummah. Inilah yang kita mahu, ketepikan segala kepentingan peribadi apabila kita berurusan dengan isu umat islam.
Walaubagaimanapun, tanpa sedar, kita tidak dapat lari dari menilai perkara ini dari aspek adab dan nilai. Serbuan tanpa permit seakan-akan memberi gambaran betapa tidak berhemahnya dan tidak terbukanya islam menghadapi dasar toleransi agama-agama lain. Sedangkan selama ini kita berusaha menegaskan kepada dunia bahawa kita bukanlah agama yang melahirkan pengganas. Selain itu, apakah faktor yang menyebabkan rakyat miskin ini sanggup menerima bantuan pihak gereja?
Faktor kebarangkaliannya adalah birokrasi dan masalah pengurusan pengagihan zakat. Bayangkan hanya untuk mendapatkan duit zakat yang berjumlah beberapa ratus ringgit sahaja, prosedur yang dilalui amat merumitkan. Sedangkan proses pembayaran zakat jauh lebih mudah. Wang zakat sewajarnya mampu membantu rakyat miskin keluar dari tempurung kemiskinan dan bukan sekadar bantuan bulanan semata-mata (“Give me a fish and I eat for a day. Teach me to fish and I eat for a lifetime.” ). Kelemahan ekonomi umat islam juga antara sudut lain yang mungkin dinilai, betapa kemiskinan yang menghimpit umat islam menyebabkan mereka harus menagih kehidupan dari penganut agama lain.
Walaupun mungkin ada individu islam yang mempunyai perniagaan yang boleh dibanggakan, namun kurangnya inisiatif untuk membantu individu lain menyebabkan yang susah makin melarat. Fahaman tidak pedulisme umat islam inilah yang menyebabkan agama lain mengambil ruang dakyah mereka.
Justeru, sebelum kita berdegar-degar berbicara soal murtad dan sebagainya, lebih manis untuk kita bermuhasabah dan merenung apa yang telah kita sumbangkan untuk membantu umat yang islam yang miskin melarat ini sebelum mereka murtad.
Selaku seorang mahasiswa, saya menelurusi masalah zakat dalam konteks mahasiswa, saya terpanggil untuk berfikir sejauh mana ketelusan pengagihan zakat kepada mahasiswa di bumi hijau UPM ini. Sehingga hari ini, masih ada pelajar yang belum melangsaikan pembayaran yuran pengajian mereka dan mengalami masalah kewangan. Adakah perkara ini dipandang serius oleh pihak yang sewajarnya bertindak?
.::Creating New Future With ProMahasiswa::.
Nur Hasanah Hamzan,
Exco Penerangan dan Penerbitan,
Majlis Perwakilan Pelajar,
Universiti Putra Malysia.



hujah meyakinkan dari sudut toleransi agama…saudari boleh jadi pegawai hal ehwal agama suatu masa nanti nie…^^
masalahnya, kenapa pihak gereja yang menganjurkan majlis ini tidak di sekat dan sebaliknya kita sanggup untuk memanjangkan isu ini? sedangkan kita sendiri tahu bahawa apakah taktik @ muslihat yang tersirat cuba di tonjolkan dalam penganjuran majlis yang kononnya majlis berbuka puasa ini? lebih banyak persoalan akan timbul terhadap kupasan yang anda lakukan saudari dari pro mahasiswa
1. kenapa mesti di dalam gereja? kenapa tidak di luar gereja? di sebuah restoran?
2. padahal jikalau kita pergi ke masjid memang setiap masjid yang terdapat di malaysia akan menganjurkan majlis berbuka puasa dan kita sendiri tahu sumber yang datang dari majlis berbuka puasa di masjid adalah 100% halal.
3. apakah keupayaan mereka yang menghadiri majlis ini terlampau daif sehinggakan tak mampu untuk pergi berbuka di masjid? @ terlampau jauh masjid daripada geraja di tempat mereka?
4. seperti yang kita tahu, islam sememangnya menentang keras perlakuan murtad ini, dan sebagai umat islam, kita seharusnya tahu hukum hudud juga telah menjelaskan hukuman yang sepatutnya terhadap mereka yang murtad. amatlah baik pihak jais telah melakukan tugas menghalang dari mengelakkan perkara yang membolehkan seorang muslim itu terjerumus murtad? sekiranya kita mengakui dan kita mempromosikan isu ini, kita sebenarnya menggalakkan isu murtad, ‘lebih baik kita mengatasi sebelum kita merawat’.
betul tu amir, di akhir zaman ni, memang kaum kafir sedang bersedia menunggu kemunculan Dajjal, sehubungan itu, maka ramailah orang Islam yang akan disesatkan dan ramai juga orang islam yang mengaku Islam tetapi sesat dalam beragama kerana membela orang murtad dan kafir semata-mata kerana takut kehilangan undi politik. perjuangan islam ditolak tepi, yang penting undi yang mana hanya godaan dunia sahaja.
kau ni paham ke tak isu ni ape? ada sopan atau akidah umat islam?
kau ni dah lupe ka macam mana budak2 U sekarang kurang ajar pecah pintu, memaki semua tu?
Tu ape kejadah? Patut la budak U yg beragama islam ni tak boleh lawan org lain…
Saya cadangkan agar tuan-tuan dan puan-puan belajar bagi habis dulu. Jangan campuri urusan agama dengan pendapat manusia. ‘Right Man On The Right Job’ . Tolong jangan hampakan harapan ayah dan ibu.
Kalau tak tahu duduk perkara janganlah tulis ikut sedap mak bapak kau je……
ALAMAK si cute ber cerita PASAL jais SERBU … hahaha MAAF SAYANG bukan SERBU JAIS cuma datang sna BUAT siasatan .. dan .. TAHU TAK siapa yg HALANG JAIS di PINTU MASUK .. dan dia jugak lah penganjurnya … adakah ANDA PENYOKONG MURTAD ??
PRO MAHASISWA yg PRO PEMBANGKANG tu sebab GANAZ
Assalamualaikum,
saudari, sebelum menulis, elok dikaji dahulu isu dan lihat kepada justifikasi perundangan sebelum saudari bertindak membela Gereja yang tidak berdaftar yang meMURTADKAN orang Islam dan menyalahkan Jabatan Agama Islam (agama saudari sendiri dalam hal ini), sebagai mahasiswa yang masih belum bergraduat- saudari perlu sedar bahawa di Negeri Selangor terdapatnya enakmen (undang-undang jika tidak tahu) Agama Bukan Islam (Kawalan pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 pindaan 9 Dis 1999 menyatakan dengan jelas bahawa:
6- Pegawai Bertauliah boleh menyiasat apa-apa kesalahan di bawah Enakmen ini dan boleh menangkap TANPA WARAN orang yang disyaki telah melakukan mana-mana kesalahan itu.
dan,
1- Undang-undang Negeri boleh mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganut agama Islam.
2- Adalah satu kesalahan bagi memujuk, mempengaruhi atau menghasut orang beragama Islam supaya ; cenderung kepada mana-mana agama selain Islam,; supaya menganut agama bukan Islam ; supaya meninggalkan atau tidak suka kepada agama Islam.
3- Seseorang itu melakukan kesalahan jika dia – MENGUNJUNGI / mengatur atau berusaha mengadakan suatu perjumpaan / dengan apa-apa cara lain menghubungi – seseorang beragama Islam bagi maksud MENDEDAHKAN orang beragama Islam kepada apa-apa ucapan atau pertunjukan sesuatu mengenai agama islam.
4- Raja dalam Mesyuarat boleh secara bertulis mentauliahkan mana-mana pegawai awam supaya menjalankan kuasa pegawai bertauliah (JAIS dalam kes ini) di bawah Enakmen ini.
5- Semua kesalahan dan kes di bawah Enakmen ini hendaklah disifatkan sebagai KESALAHAN BOLEH TANGKAP bagi maksud Kanun Prosedur Jenayah.
Pesanan saya pada saudari, Islam adalah AdDin dan menjadi satu-satunya agama di sisi Allah, jadi ayat saudari dalam penyataan ini seolah-olah mengiktiraf PLURALISME agama yang diperjuangkan oleh rakan-rakan saudari dalam DAP dan PKR sekarang ini iaitu menyamarata taraf agama dan menganggap semua agama adalah sama dan patut dilayan sama rata. Sila rujuk kenyataan dan tulisan Prof. Ridhuan Tee Abdullah mengenai bahayanya Pluralisme agama ini dan bahayanya ia kepada akidah kita yang beragama islam.
Wallahualam
stupidity detected. jadi mpp tapi otak letak tang mana cik adik oi? belajar sampai U tapi undang-undang paling simple talak tau ka. memalukan mpp.baik duk rumah belajar masak ade pekdah nye cik adik!
Kpd Cik Nur Hasanah Hamzan,
Saya nak bertanya dengan saudari mengenai line ini
“Serbuan tanpa permit seakan-akan memberi gambaran betapa tidak berhemahnya dan tidak terbukanya islam menghadapi dasar toleransi agama-agama lain. Sedangkan selama ini kita berusaha menegaskan kepada dunia bahawa kita bukanlah agama yang melahirkan pengganas. Selain itu, apakah faktor yang menyebabkan rakyat miskin ini sanggup menerima bantuan pihak gereja?”
Saya berpendapat apa yg anda huraikan tidak kena dengan situasinya. Gejala murtad bagi seseorang yg berumur lebih dari 30 tahun ini sudah mencapai ketahap yg kritikal. Cuma tiada sesiapa yg tahu kerana dasar kerajaan selepas peristiwa 13 Mei yg lebih kearah menyelesaikan masalah dari menguar uarkan kepada pihak rakyat. Bayangkan jika seluruh umat islam dinegara mengetahui apa yg sedang berlaku didalam negara oleh perilaku pengamal agama lain…..jawapannya huru hara. Bagi saya saudari masih mentah dalam soal kehidupan dan tidak tahu apa yang sedang berlaku diluar sana (real life).
Tanpa serbuan yg dilakukan JAIS adakah artikel ini akan dikeluarkan? tidak…ini adalah sikap proaktif majlis agama kita yg patut kita hormati dan hargai. Adakah saudari tahu bahawa majoriti student UPM ditangkap khalwat? malah banyak video bakal mahasiswa UPM kena tangkap disiarkan didalam youtube.
Tahukah saudari, berapa ramai muslim yang bertudung mempunyai salib yang dicacah di atas buah dada hanya kerna mahukan wang RM10K??? Tahukah saudari berapa ramai muslim melayu perempuan yang telah diselamatkan oleh pihak PEKIDA, pihak agama lain dan RT dari terjerumus kekancah maksiat dan penukaran agama. Tahukah saudari mengenai kes Aishah Bukhori, Lina Joy? Jadi sebagai mahasiswa saya sarankan :-
BELAJAR BAGI TAMAT DAHULU BARU MASUK CAMPUR DALAM HAL HAL POLITIK.
Bukan kerana saya benci akan saudari tetapi zaman saya diuniversiti dahulu kami belajar dan tidak masuk campur dalam hal politik, mahasiswa sekarang terlalu banyak kebebasan dan suka ambil tahu perkara perkara yang mereka belum tiba masa untuk paham dan terlalu mentah untuk berfikiran seperti seorang ibu dan bapa.
Bayangkan bagaimana ISLAM ketika saudari sudah menjadi ibu nanti…. bayangkan dan fikir sebelum berkata kata..kerana satu hari nanti dari mulut saudari akan terkeluar ayat ini…
” Ya ALLAH, sampai teruk begini sekali depa buat kat orang islam…macamanala zaman anak anak aku nanti”
Waktu itu barulah saudari sedar bahawa TINDAKAN TEGAS adalah terbaik.
serbuan tanpa permit? Oi oi! menerusi enakmen kerajaan selangor, (enakmen penuh sila rujuk: ptd-kokak.blogspot.com) menyebut bahawa boleh menahan/mengambil tindakan kepada orang bukan islam yang didapati menyebar agama bukan islam kepada orang islam TANPA WARAN. Nak selamatkan agama Islam,kenalah tegas. Ini, enakmen selangor pun tak baca abes? Adoi. Fikir dulu sebelum tulis!
jangan jadi mahasiswa yang otaknya seperti udang.
serbuan dan pemeriksaan banyak bezanya. bodoh punya pro-M.
MEMALUKAN. Mengkritik jabatan agama Islam sendiri tanpa usul periksa. Perkataan SERBUAN jauh menyimpang daripada kejadian sebenar yang berlaku pada malam itu. SILA BUAT RESEARCH DULU SEBELUM MENULIS. Tidak layak jadi mahasiswa, jauh sekali sebagai pemimpin.
Patut ler cik nur tulis mcm ni sbb belajar x abis lps tu nak ajar plak JAIS bukan plak JAIS x boleh ditegur tapi biar ler bernas. Cik Nur lebih pentingkan permit, wang zakat dan student yg kehabisan duit (padahal dpt pinjaman) dari akidah mereka yang pergi ke DUMC.
askm cik nur,
lebih baik cik menelusuri dahulu takrifan pemeriksaan & serbuan. bezakan antara dua yg tersebut, bkn sekadar makna dr sudut bahasa ttp juga taksiran/takrif dr sudut undang2.sy yg berkerja sbg peg k’jaan terlibat dlm byk operasi2 sedemikian.hal ini bukanlah perSoalan adab & etika.klau JAIS tidak beretika, tidak beradab maka apa perlunya menunggu smpai satu jam di luar tempat trsebut?pemeriksaan hanya dibuat setelah rundingan dibuat & tiada tangkapan dilakukan selain dr mengambil nama dan dinasihatkan utk menghadirkan diri ke JAIS utk siasatan lanjut & sesi kaunseling?pada saya JAIS sdh melakukan operasi tsbt dgn cara yg plg berhemah & dalam lingkungan kuasa mereka.honestly if i myself was in that scene, i’ll never tolerate because in the curve of power, authorized civil servant empowered to do that…
salam ukhuwah…
wssalam…
saya amat kecewa dgn apa yg saudari tulis. jelas saudari terlalu kejar kepada politik tanpa ilmu di dada. Pihak MPP UPM perlu mengkaji artikel yg ditulis terlebih dahulu sebelum dipaparkan. Exco Penerangan tidak semestinya menulis tanpa maklumbalas drp rakan MPP lain.
Apakah Pro-M maksudnya Pro-Murtad?
Halo cik adik, fahami perlembagaan negara kalau nak berbicara tentang undang-undang.
wwoi pompuan!
1.adik baca ke komen-komen ni..
2.sedih melihat seolah-olah jais ni serbu@ganas dan tak beretika..sangat2 terasa hati
3.rasa nk report polis je artikel adik ni..tetapi kesian kat adik yang masih belajar..
4.adik,marilah kita melihat skop politik kepartian tu dari sudut yang luas,jangan terus dipersalahkan mana2 pihak tanpa usul periksa
5.adik,minta maaflah kepada JAIS dan seluruh umat islam di Malaysia yang begitu terhiris dengan artikel adik.
6.JAIS tidak bersalah sama sekali,bukannya serbuan,hanyalah pemeriksaan dan perbincangan yang begitu terbaik
7.adik ada tempoh 7 hari untuk minta maaf,jika tidak,report polis akan diambil..abis pembelajaran adik nanti,tetapi demi pengajaran kepada semua,terpaksa juga dibuat,walaupun kesian kat masa depan adik..
8.minta maaf terkasar bahasa tersilap kata..
bro..kwsn kinta
dik…muka dah comei lote……tapi otak macam haprak, sampah…
kawan ambo nak lantik adik jadi pembela geng2 kena tangkat khalwat kat hotel…kesian diaorg kena tahan..jais serbu bukannya ada permit pun…
klu mak bapak baca tulisan adik mesti diaorg malu…sbb diaorg baru sedar rupanya adik ni bodoh bukan kepalang
Salah seorang (dan dua adik beradiknya) dari 12 “tetamu iftar” adalah graduan UKM. Apakah dia mantan pendokong Pro-M? Mohon saudari siasat. Ambillah pengajaran.
Salam cik Nur Hasanah Hamzan.
Sila pastikan hujah yang disampaikan menepati aspirasi anda sebagai mahasiswa. Kajian dan penelitian anda hanya berdasarkan satu sudut dan bukannya berdasarkan maslahah. Tafsiran anda mengenai isu gereja juga tidak tepat sama sekali. Sebaiknya anda tidak hanya bergantung kepada andaian peribadi sahaja. Sekiranya masih juga ingin mempertahankan pendapat anda, sila gunakan laman peribadi anda dan bukannya laman UPM yang secara terang-terang melunturkan reputasi UPM.
matlamat tidak menghalalkan cara. Renung-renungkan…
Mahasiswa kini sepatutnya berupaya menilai dan menganalisis sesuatu berita dari pelbagai sumber yang kini terlalu mudah diakses di hujung jari. Sudah saudari melihat video “serbuan” itu? Terbukti bukan serbuan seperti yang didakwa oleh puak2 Nasara dan pendokong2 mereka bernama muslim. Fikir, kaji sebanyak sumber, analisa dan fikir, fikir, fikir sebelum membuat sebarang rumusan. Saya kecewa jika ramai pemimpin mahasiswa uni terutamanya Melayu di Malaysia gagal melakukan kajian mendalam sebelum menulis tentang sesuatu isu. Jangan menjadi parrot mentor politik! Please don’t!
Saya amat mengharapkan kita tidak akan tunduk kepada penafian mereka, seolah-olah mereka tidak bersalah. Mereka mesti disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan. Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Ikut saya, peruntukan ini terlalu ringan, undang-undang ini perlu dihalusi lagi untuk diberatkan lagi hukumannya. (Petikan drp Blog Ridhuan Tee)
http://www.facebook.com/23BlackDay?sk=wall
nie sapa punya keje nie???
hal taon lepas x setel2 lgi anda sebok ngn hal luar
Budak ni budak U tp xtau r amik cos aper…..KOSMETIK kot…..nampak sangat xpernah ada buku perlembagaan……cuba belek undang2 dalam buku tuh….jelas terang menyatakan…..
Salam..ramainye yang komen pasal JAIS..alhamdulillah ramai yang sensitif dengan isu aqidah..harap2 org yang kuat membela Islam ini jugalah yang istiqamah mengimarahkan surau dan masjid….Orang-orang ini jugalah yang sentiasa mentadabbur al-quran..orang-orang ini jugalah yang sentiasa bangun malam kerana takutkan Allah..orang-orang inilah yang menjauhi rasuah, maksiat dan kezaliman…yang jauh dari makan harta yang bukan hak kita…jauh dari harta yang bukan dari hasil yang haram….jauh juga dari menyeleweng duit-duit anak yatim dan juga zakat utk golongan asnaf….yang menolak pmimpin yang tidak menutup aurat dan munafiq dalam percakapan….sekali kita taip, jari ini barangkali bakal menjadi mangsa api neraka senadainya ia berunsur nifaq….isu aqidah isu utama, isu zakat juga isu utama..mana2 yang melanggar, Allah pasti akan azab…wassalam
terima kasih atas pandangan dan komen2 anda yang membina..insyaAllah, selepas ini saya akan lebih banyak mengkaji isu dan mungkin lebih baik dalam penulisan agar ‘input utama’ yang ingin saya sampaikan tersampai kepada pembaca.
bukan memandai, disebabkan banyak yg mengomel ttg diri saya sbg mahasiswa yang belum habis belajar, cuma saya hanya menggunakan peluang saya sebagai mahasiswa utk berani tampil memberi pendapat dan idea drp menjadi silent reader yang hanya menerima.
berpegang kepada Alquran dan sunnah, dan kembali kepada sirah, saya amat mengagumi bagaimna Rasulullah s.a.w menggunakan cara debat dalam isu yg sama seperti kejadian ini. Rasulullah s.a.w. berdebat dengan paderi setelah dimaklumkan tentang gejala memurtadkan org islam di sebuah gereja dn zaman baginda.
walaupun kita mempunyai kuasa (enakmen selangor) untuk menyerang gereja wlpn tanpa permit, pendekatan hikmah adalah yg terbaik bagi menjaga nama baik islam. moga Islam tidak dilihat zalim di mata org bukan islam setelah pencerobohan belaku..
wallahualam, yg baik itu ilham dr Allah, dn yg buruk itu dtg juga dr Allah yg pamer pada diri saya..
hasanah hamzan, yg belajar dari kesilapan dn berusaha sentiasa memperbaiki diri..
My word is simple…..adik Nur Hasanah Hamzan, “awak tak layak jadi MPP”. Letak jawatan terus k…Memalukan mahasiswa/mahasiswi U seluruh seantero malaysia. Belum masak dah nak berpolitik dekat U. Pemikiran adik ni akan merosakkan pelajar U. Sebab perkataan “permit” tu!!! Sepatutnya “waran”…Lain kali study law dulu, baru keluarkan cerita…Kan xpasal2 adik dah di cop B***L a.k. B***H…….Abang sebagai bekas student U (bukan UPM) tertanya2 la….UPM ni melahirkan mahasiswa/mahasiswi suka berpolitik ke???? Kesian2…..
allahuakbar…serba salah dh nk wt camne.kalau xdiserbu, cakap lak sanggup biarkan org murtad.bile diserbu ade lak pertikai…tah cmne diorg nk xtaula.lgpun rasenye dh ade dlm berite jais bincang elok2 dan mintak kebenaran nk masuk tu.bkn serbu terus cmtu jek….ni baru mahasiswa.nnt klu dh kje tahla cmne die pk…tah2 diepn sibuk nk mntk kje krjn.pastu nnt dh dpt,diela yg jd duri dlm dagingnye….
hurm..pelik dgn sikap mahasiswa/wi skrg ni smpat plak nk menyibuk hal isu negara…sblm membuat or do write up apa2, buatla kajian atau dapatkan fakta kesahihan akan sesuatu perkara..sy rse mahasiswa/wi yang masih belajar ni perlu lebih bersyukur dan tumpu kan pd pelajaran dulu…blaja pun ibu ayah n krajaan tanggung..jgn la plk jadi anti kjaan, furthermore, jgn nti once u graduate, u teringin nk apply to krajaan sbb u scara terang anti krjaan…and jgn malu kan diri dgn kebodohan dan kedangkalan akal dalam penulisan yg mcm ni.. embarrassing sungguh..n pls think b4 do!
Kesian kat budak budak ni….jangan lah di marah sangat ” Buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan ”
Untuk adik yang cute ni, lain kali kalau nak tulis kena berfikir dulu, jangan fikir hanya dari satu sudut sahaja, tak adil gitu. Sekarang dah kena. Malukan Pro-M yang lain, malukan universiti dan malukan mak dan bapak sendiri. Adik masih mentah dan baru nak mengenali kehidupan. Banyak lagi yang adik tak tahu dan perlu dipelajari. Orang lain banyak dah makan asam dan garam sedangkan adik gigi susu pun mungkin masih ada yang belum jatuh. Jadi berhati-hati bila nak menyuarakan pendapat. Tumpukan pada pelajaran. Saya pun bekas pelajar universiti juga. waktu di universiti kita nampak banyak yang kerajaan buat salah kerana pembelajaran kita banyak kepada teori sahaja, tetapi bila kita berada di alam yang nyata maka kita akan ketahui reality yang sebenarnya.
Fikir-fikir dan renung-renungkan lah.
haih.. kan dah termakan diri sendiri
There is NO PATCH for human stupidity.
Sila remove post ini sebelum laporan rasmi dibuat keatas anda melalui NC UPM. Jangan jadi manusia bangang dengan menyokong segala tindak tanduk kafir.
Nanti lepas laporan dibuat, nak jadi graduan pon musnah nak jadi wakil rakyat pon susah.
Berenti jadi bangang dan mula dengar pesanan ibu bapa sebelum masuk UPM
Assalamualaikum,
Kita jangan sesekali membuat andaian hanya membaca dari ruangan akhbar atau laman internet..
Ayat digunakan adalah serbuan.. ini sudah menunjukkan kekejaman di lakukan oleh JAIS. jadi elok lah kita buat siasatan sendiri dengan buat sedikir kerja pergi ke tempat kejadian .. berjumpa dengan orang disana, apa sebenarnya yang berlaku.
5 tahun dulu, sinar harian ada mendedahkan tindakan JAIS terhadap perkara yang sama di Rawang, dan alhamdulillah mereka yang telah murtad kembali ke pangkuan Islam..
untuk pengetahuan adik.. majlis agama islam selangor sudah membuat intipan dan telah berunding sebelum itu.. jadi .. kalau kita tidak boleh perbetulkan ummah, jangan pula kita berindak untuk merosakan agama kita ..
sekian
dlm byk2 komen yg aku bca.. x nmpak 1 pn respon dr pihak proM upm.. xkan la takut nk berhujah.. xkan hanya pandai berkata2 tp bila dipersoalakan apa yg dicerikatan terkelu lidah.. bercakap la melalui fakta.. bukan semua org dpt menulis(menyampaikan melalui tulisan) mesti perlu mempunyai sikap untuk mengkajio sesuatu sebeluh berkongsi agar apa yg diceritakan x menyinggung mna2 pihak…
munkin saudari hanya mahu dilihat sbgai mahasiswi yg cakna dengan arus perubahan. tp suadari silap yg kita perlu mengambil tahu semua aspek bukan hanya berdasarkan dengan membaca drpd akhbar sahaja.. sbb setiap akhbar mesti ada pengaruh berdasarkan kecenderungan politik seseorang @ bidang seseorang..
kalo dlm agama islam.. org pakar hadis menafsir hadis berlainan dengan org yg pakar dlm ilmu fekah.. apa yg ditafsirkan adlaah mengikut kepakaran masing2..
kalo kita nk jd org yg cakna mesti mngambil tahu kesemua aspek.. then bru kita boleh jd org yg mempunyai pendirian tersendiri..sbb nmpak sgt saudari membca melalui 1 shaja sumber..
~free our mind~
Hahahaha. Exco penerangan apa kalau fakta yang basic pun boleh salah? Serbuan? Dah tengok video JAIS tu ke belum, dik? Cuba tengok, lepas tu tulis artikel baru pulak untuk komen ye. Jangan biarkan nama tu jadi terpalit hanya sebab satu penulisan yang tak berasas.
masalahnya…. kalu nak bagi sumbangan kt luar gereja la….. mahsiswa x de duit??? buat pinjaman la…. orang lain pn blajar…. x mntak2 pn….
adeh…kurang2 mpp nie tunjuk usaha la untuk counter isu…korang pun cerita bab murtad nie ape usaha korang nak mengurangkan gejala nie?…hiburan yg kita utamakan,,,pergaulan bebas kita amalkan…masjid surau kita tinggalkan…Al-Quran dan Sunnah kita abaikan…pastu masing2 tunjuk terer pasal bab akidah…korang duk kata mpp nie bodoh dan sebagainya dh membuktikan betapa rendahnya mentaliti korang sebagai mahasiswa apatah lagi sebagai muslimin…come on la…x leh ke kita beri komen membina sket…kalau x setuju kita nafikan dgn baik…ini tidak…bodoh sana bodoh sini…sekarang nie gejala murtad masalah semua insan yang punya iman di dada!!!…bukan JAIS je…aku yakin akan ada jugak manusia yg cuba nak mangkah aku nie…tgk je la nanti…
Salam,
Camner nak jadi pemimpin , kalau kena tegur terus senyap. Cuba balas komen-komen yang diberikan. Harap gaya ja nampak pro tp penakut.
Secara normalnya setiap agama mempunyai niat yang sama untuk menyebarkan dakwah mereka. Baik agama Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan hatta agama lain sekalipun. Mempersoalkan kerja dakwah mereka adalah satu perkara yg dipandang tidak wajar kerana setiap agama ada kebebasan untuk berdakwah. Cuba kita lihat; Mengapa tidak kita mempersiap sediakan diri kita atau berdakwah kepada Islam itu sendiri? Itu adalah agenda Islam itu sendiri. Kita menghalang kebebasan agama lain untuk berdakwah kepada umat Islam tetapi Islam dibolehkan berdakwah kepada agama lain di negara ini. Tidakkah nampak ketidakadilan di situ? Cuba kita letakkan diri kita pada orang bukan Islam, adakah kita nampak agama Islam ini sebuah agama yang adil?..Pasti tidak. Kita khuatir umat Islam itu murtad tetapi apakah tindakan kita terhadap persediaan intipati Islam itu pada akidah umat Islam itu sendiri? Antara menghalang orang bukan Islam dengan kewajipan kita sebagai orang Islam berdakwah kepada agama Islam itu sendiri adalah lebih aula dengan berdakwah kepada umat kepada umat Islam itu sendiri berbanding menghalang jalan dakwah orang lain.
kita kena fahami yang kelebihan kepada ‘ketuanan melayu’ dan agama islam yang mulanya sejarah dan perlembagaan yang telah mininggikan kepentingan melayu dan islam di negara ini. kenapa kita harus berfikiran tentang agama lain? dan kenapa perlu kita seharusnya memberikan peluang untuk agama lain berdakwah kepada melayu dan orang islam? saudara sememangnya tak harus memikirkan ‘Cuba kita letakkan diri kita pada orang bukan Islam, adakah kita nampak agama Islam ini sebuah agama yang adil?’ adakah saudara sendiri berfikir demikian jika anak saudara sendiri yang sedang menerima dakwah orang kafir ini? semestinya saudara sendiri tidak mahu anak saudara sendiri didakwah dan menganut agama lain… jika kita telah diberikan kelonggaran selepas ini, apakah yang akan berlaku kepada malaysia? kebebasan bertukar dari agama islam ke agama yang lain? dan saya percaya intipati saudara yang berikan kepada anak saudara juga tidak cukup kuat kerana saudara sedang @ bakal bekerja kelak sibuk dengan tugas yang diberikan.. dan berterima kasih lah kepasa kelebihan hak ORANG MELAYU DAN AGAMA ISLAM di malaysia kerana jika kelonggaran itu longgar kelak, binasa segala keruntuhan instist
institusi di malaysia ini… saya harap perkara sebegini tidak di persoalkan kerana kita telah melantik pihak JAIS untuk menangani dan membantu masalah2 berkaitan akidah umat islam di negara ini…
FIKIR-FIKIRKAN JIKA ANAK SAUDARA SEDANG MENERIMA DAKWAH DAN BAKAL MURTAD??? semestinya saudara akan membantah perkara ini sekeras-kerasnya….
MEMANDANGKAN USIA CIK ADIK YANG MASIH MUDA DAN BELUM PUN TAMAT PENGAJIAN, SAYA INGIN MENGINGATKAN ANDA JANGANLAH MERASA DIRI ANDA ITU TERLALU PANDAI APABILA ANDA BERJAYA MEJEJAKKAN KAKI KE U. ANDA HARUS BELAJAR SELAMA BERPULUH TAHUN LAGI BARULAH ANDA BOLEH MENGKRITIK DENGAN BETUL .JANGAN MAIN SERBU SAJA ,TANPA TAHU HUJUNG PANGKAL TERUS SAJA NAK TUNJUK PANDAI .TAK PAYAH TAKUT LAH ORANG KRISTIAN NAK GELAR ORANG ISLAM PENGGANAS KE APAKE,. ..KALAU ANDA BERMINAT..!!BUATLAH KAJIAN TENTANG AGENDA MAJLIS GEREJA SEDUNIA DAN AGENDA C.I.A …..UNTUK 100 TAHUN AKAN DATANG …DISITU ANDA AKAN DAPATI BERTAPA TOLERENSINYA ORANG KRISTIAN DAN BARAT TERHADAP ORANG YANG SANGAT PRIHATIN INI SEPERTI AWAK INI….1990 SOMALIA DAN IRAQ …2000 AFGHANISTAN DAN SUDAN…,2010 LIBYA DAN SYIRIA.,,,.. …MALAYSIA DAN INDONESIA ANDA TUNGGU.,,,!!!!…
Tiada toleransi dalam MEMPERTAHANKAN ISLAM!!
Keutamaan Ilmu Dalam Memberikan Fatwa
Hadith:
Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memberi fatwa dengan tidak berdasarkan ilmu akan dilaknat oleh Malaikat langit dan bumi.”
Pengajaran hadith:
i) Memberikan fatwa mengenai sesuatu masalah agama hendaklah berdasarkan ilmu pengetahuan yang berkaitan. Jika tidak, ia pasti akan membawa penyelewengan dalam hukum-hukum syarak.
ii) Orang yang mengambil mudah dalam hal sebegini sehingga melakukan kesalahan dalam memberikan fatwa akan dimurkai Allah dan dilaknat oleh malaikat-Nya.
berfikirr dahulu lbih baik dari bertindak…