Bidaan no plat G1M bercanggah dengan 1Malaysia
Gagasan 1 Malaysia merupakan seruan kerajaan dalam pembinaan Malaysia dalam mencapai wawasan 2020 dipelopori oleh perdana Menteri, Dato seri Najib Tun Razak. Berteraskan konsep rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, gagasan ini berjaya menarik rakyat untuk sama-sama menyokong dan bersatu kearah mencapai 1 malaysia.
Namun demikian, saya berpendapat bahawasanya gagasan ini seolah telah berpaling arah dan bercanggah dari matlamatnya. Penjualan no plat G1M baru- baru ini hanya tertumpu kepada rakyat Malaysia berpendapatan tinggi dan berkehidupan mewah. Tidak mustahil akan berlaku keadaan yang di mana orang kaya semakin kaya dan orang yang miskin bertambah miskin.
Bidaan pembelian no plat G1M dilihat seperti tiada motif untuk kebajikan rakyat seperti yang dicanang dalam dasar 1Malaysia malahan pembaziran yang banyak. Janji Dato’ Sri Mohd Najib yang mahu menyalurkan sumbangan hasil keuntungan ini kepada beberapa yayasan kebajikan yang kebanyakkannya di naungi oleh isterinya sendiri, dilihat sebagai menanam tebu di bibir apabila mengatakan 1Malaysia akan menjaga kebajikan rakyat padahal G1M adalah menjaga kebajikan kroni-kroni beliau sahaja.
Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) telah dipertanggungjawabkan untuk menjual no plat ini dan jualan diadakan adalah secara bidaan.
“Jadi bidaan untuk nombor pertama ini masih dibuka. Kami berharap syarikat-syarikat besar akan menerima tawaran G1M 1 ini, jika ada pihak yang menawarkan harga paling tinggi, mereka akan diberikan status penaja ekspedisi kami ini”. kata Presiden kelab itu Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin.
Jualan ini dibuka kepada syarikat dan individu, dan tidak pun dilihat membawa kelebihan kepada masyarakat. Hasil keuntungan daripada jualan ini sudah tentunya membawa keuntungan yang mencecah jutaan khususnya jualan ini dibuka secara bidaan yang mana tawaran bayaran untuk harga tertinggi menjadi pemenang.
Kelab eksplorasi 7 benua ini juga menggunakan hasil keuntungan untuk ekspedisi mereka yang tidak membawa impak pun kepada penyelesaian masalah kemiskinan masyarakat Malaysia. Tambahan lagi ramai yang memerlukan bantuan tidak pula menerima bantuan semudah dan semewah seperti kelab ini.
Proses pembelian no plat ini secara bidaan juga seolah mengklasifikasikan pembelinya. Dimanakah perpaduan yang dicanang dalam dasar 1 Malaysia? Adakah perpaduan hanya untuk golongan rakyat yang kaya raya kerana hanya merekalah yang mampu memiliki no plat ini.
Kesannya, berlakulah diskriminasi dan ketidakadilan dalam keseluruhan masyarakat. Untungnya, mereka yang memiliki no plat ini dikecualikan daripada pembayaran cukai selama-lamanya. Sudah tentu no plat ini hanya dimiliki oleh orang-orang kaya yang mempunyai kereta mewah! Sedangkan mereka tidak terbeban pun dengan kos sara hidup yang tinggi.
“Creating New Future With ProM UPM”
Nur Hasanah Hamzan
MPP Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia




Salam.., budak2 bakal leader dari UPM semua… Abg tersangat-sangat-sangat sokong kenyataan anda semua ini. Kalau kita fikir balik impak dari tender sale no plate tu, tak de kejadah langsung yang membawa kesan positif kepada rakyat negara, yang masih ada sebahagian besarnya masih miskin tegar dan merempat dinegara sendiri.
Abg heran jugak, ape kejadahnya si Qobin tu beria-ria benor nak tawan 7 summit tu.? depa tu tak de kerja lain ke.? Aku pun salah sorg dari pendaki tegar di Malasia jugak… dah sampai ke Nepal & Argentina pergi trekkinng, tapi x de la sibuk nak mintak sponsor sana sini & mengharapkan publisiti. Kalau kita dah minat sesuatu, x perlu nak heboh-heboh, kononnya nak naikkan nama negara.
Bila dalan KUBUR nanti, x ditanya berapa besar sumbangan kepada negara… sabaliknya akan ditanya…SEJAUH MANAKAH ENGKAU MELIHAT KEBESARAN ALLH S.W.T DI SELURUH PELUSUK BUMI CIPTAAN-NYA & SEJAUH MANAKAH ENGKAU BERSYUKUR DENGAN NIKMAT KURNIAN-NYA.
Lakukan pengembaraan, umrah, ziarah atau melawat benua mana pun…niatnya hanya satu, LILLA ALLAH HU TAALA. Bukan kerana apa, sebaliknya kerana ALLAH Taala..
Wallahutaala aklam… TAKHBIRRRRR…..
lor..yg dok bising pasal nih buat apa?kalian ni pemimpin pelajar universiti..hanya universiti..bukan nya politik ok…xd kaitan pom dengan penjualan or pembidaan no plat G1M ni..blajar dulu, ni x, sibuk ja nk komen2 psal politik wtpe…
blajar pandai2, nk buat ap nnt buat lah..lagi pom klu dah miskin, beli ja la trus kereta yg dah ada plat no..nk beli lg yg mahal2 buang duit ja….
walaikumsalam saudari nur hasanah hamzan.. moga Allah merahmati segala pandangan yang saudari lemparkan.. ada 5 perkara yang harus dititik beratkan sebelum menulis artikel ini. MELIHAT, MENDENGAR, MEMBACA, BERFIKIR, MENGKAJI DAN BERCAKAP SEMULA..anda sudah menceritakan hal yang tidak baik tentang saya tanpa bertanya kepada saya terlebih dahulu.. alhamdulillah saya ucapkan syukur kepada Allah SWT. dan saya tetap memaafkan kerana saudari tidak tahu hal yang sebenar tentang hal penjualan no plat G1M ini. ok, yang pertama, kenapa saya memilih 3 badan kebajikan iaitu YAKEB (ATLET), YHKM (Kanak2), Dan YBK (Basmi Kemiskinan). daripada 3 badan kebajikan tersebut hanya satu sahaja yg dinaungi DSR iaitu YHKM. yang atlet tu DSR telah lama meletakkan jawatannya daripada jawatan tersebut. dan saya tidak pernahpun bertemu DSR secara persendirian berkenaan perkara ini dan saya bukanlah orang politik. saya seorang atlet dan sedih melihat apa yang atlet alami selepas bersara..selain 3 badan kebajikan tersebut, ada 12 buah badan persatuan rekreasi yang telahpun pihak KE7BM sumbangkan sebahagian dana tersebut. saya tidak pernah meminta wang sesenpun daripada kerajaan untuk membuat ekspedisi 7 benua saya, sebaliknya saya dan KE7B harus membayar cukai lebih daripada RM 2 juta untuk mendapatkan no G1M ini. mungkin anda terbuka website agen yang telah membeli no daripada pihak KE7B dan sebenarnya selepas no ini dijual kepada individu, terpulanglah kepada mereka untuk menjualnya semula. anda boleh beli majalah motor trader dan boleh melihat sendiri no plat lain yang dijual lebih daripada 200k. nak bercerita panjang di sini, boleh.. tapi terlalu panjang..jika betul2 inginkan penjelasan..boleh layari laman web http://www.platg1m.com dan hubungi saudara hafidz 0122585159 untuk berjumpa..apapun terima kasih di atas segala yang dilakukan..sentiasa tersenyumlah selalu dan ingat Allah.. mendakilah kerana Allah dan itu Sunnah Nabi..Assalamualaikum..
SALAM,
PELIK YA KENYATAAN TANPA USUL PERIKSA..
‘SESUNGGUHNYA FITNAH ITU LEBIH BAHAYA DARI MEMBUNUH’…
MOHON DIINGAT MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA..
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.,
Mohon para pemimpin pelajar ini tanya dahulu dengan tuan punya badan sebelum menulis kalau tak tahu pokok pangkal.isu yang dituliskan.
Wartawan pun minta izin sebelum menulis,
Raqib & Atid pun sentiasa ada menulis setiap langkah dan gerak-geri kita.
Jadi, hormatilah setiap perkara.
Kepada “Awang bin Dagang” silalah hubungi pihak kelab kalau nak ikut program2 yang dilaksanakan.
Kami turut membuka peluang kepada pendaki2 dari Group lain dan telah memberi sumbangan kepada 10 kelab/persatuan rekreasi di Malaysia. Masih berbaki satu lagi pendakian 7 Summits iaitu ke Mt. Elbrus, Rusia yang akan diadakan tahun depan. Saya mengalukan Tuan untuk menyertai pendakian kami.
Khairil Hafidz Khairuddin
012-2585159
Setiausaha
Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia