BN Ceroboh UPM, BHEP ‘Organ’ Penganjur?
SERDANG, 22 Oktober 2011 – Kibaran bendera dan banner parti pembangkang Selangor, Barisan Nasional (BN) sepanjang jalan menuju ke Dewan Besar
Universiti Putra Malaysia (UPM), semalam menimbulkan curiga dalam kalangan staf dan mahasiswa UPM.
Majlis Penerangan Perdana Nurani Rakyat, bertemakan Yakini BN, Sayangi Selangor anjuran Barisan Nasional (BN), dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Malaysia menimbulkan persoalan banyak pihak.
Antaranya, bendera dan banner digantung sekitar 2.00 pagi hari yang sama dipercayai bahawa program ini dianjurkan secara mengejut dan khusus untuk ahli BN yang kebanyakannya datang dari luar ketika cuti semester bermula. Menurut seorang saksi, van BHEP digunakan untuk membawa banner dan bendera untuk digantung sepanjang jalan di fakulti.
“Kami barisan Pro-Mahasiswa mengecam keras pencerobohan mana-mana parti politik dengan penganjuran program bersifat kepentingan parti di kampus. Kuasa politik bukanlah alasan untuk memperalatkan kampus dengan sewenang-wenangnya sebagai medan kempen parti secara terang-terangan.” tegas jurucakap Pro-Mahasiswa UPM, Ahmad Al-Meseiry.
Dalam program tersebut, kira-kira 1500 peserta yang terdiri daripada ahli parti komponen BN yang majoritinya ahli UMNO. Lebih mengecewakan lagi, pelajar sekolah rendah dan menengah turut digula-gulakan untuk hadir bagi memenuhi ruang Dewan Besar PKSASS UPM.
Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang beria-ia kerajaan BN pertahankan, dicabuli oleh mereka sendiri dengan menggunakan universiti awam sebagai tempat berkempen menjelang PRU-13 serta mengheret staf dan mahasiswa mencabuli akta tersebut.
Sikap BHEP juga dilihat sebagai hipokrit terhadap mahasiswa kerana mereka dipercayai menjadi organ penting dalam penganjuran program haram ini. Ini kerana van yang digunakan untuk menggantung banner dan bendera menggunakan van UPM sewaktu orang lain sedang tidur lena.
“BHEP, jangan pula buat-buat tak tahu penganjuran program ini. Mahasiswa tahu kegiatan BHEP UPM. Pro-Mahasiswa tetap bertegas dengan pendirian bahawa sebarang program berunsur politik kepartian, ditolak keras oleh mahasiswa. ” kata jurucakap Pro-M UPM.
Sewaktu UIA masih belum reda dengan isu pencabulan hak akademik ke atas Prof Dr. Aziz Bari, UPM pula membiarkan hak akademik UPM dicabuli oleh pembangkang Selangor. Sekali pun parti politik tersebut terdesak berkempen menjelang PRU-13, kampus adalah bukan gelanggang mereka.
Pro-Mahasiswa mendesak agar BHEP memberi penjelasan dalam isu ini atau tindakan lebih tegas akan diambil oleh mahasiswa peringkat nasional. Parti-parti politik sama ada dari kerajaan mahupun pembangkang ditegah mencemari taman ilmu UPM atau terpaksa menerima kebencian mahasiswa.




Bukankah perjuangan pro-M adalah menuntut hak kebebasan akademik?
Mengapa nak halang pulak ‘be end’ ni masuk? Patuunya korang kena mintak kalo sebelah pihak bole masuk, yg pihak lg 1 pn bole masuk…ada beberapa statement korang kt atas ni mcm menidakkan korg punya gagasan/apa yg korg prjuangkan slama ni… You should check it back…
setuju..patutnya, biarkan ja..cuma kena bagi izin gak parti2 politik lain utk masuk kampus
Syabas!!!
Baru bezzz kenyataan korg kt ats ni lpas perbetulkn balik…
As aktivis mahasiswa, jgn sekali-kali cepat melatah…recheck+islah baru komen…
[peace no war] (^^,)V
kalau tak dah lama masuk,masalahnya ada akta tu,tak mengerti ke sayang oi?
Ada apa dengan akta tu? selama ni macam korg ikut je akta tuh…Langgar je la…apa mslhnyer…Nampak sangat korg pn takut sebenarnye…
bkan taku tpi hormat dengan apa yg termaktub..
tpi bile orang atasan dah langgar…
mahasiswa pun bleh join sama langgar
sekarang smua seri…
Jem jem…… UPM pun jadi tempat politik
xpayah la nk bertekak dh sah2 tawu akan ada ketidak samarataan kt cni
kerajaan xde pendirian…upm pun xde pendirian….demm.. (-_-”)
dah kata kan TIDAK BOLEH BERPOLITIK di kawasan akademik spt sekolah dan tempat pengajian…………SENDIRI CAKAP SENDIRI BUAT……..ntah apa2……..
Lama dah Pakatan Rakyat berkubu di universiti2 awam dan menyebarkan pengaruh dlm berbagai program ilmu secara tidak lansung. Dalam kuliah, pensyarah jadi tukang karut menyelit-nyelitkan dan menyemaikan bibit2 kebencian terhadap BN, pelajar jadi tukang tepuk.. Bibit2 kebencian disemai saban hari, saban waktu. Aziz Bari dapat pablisiti free, bercakap tentang kebebasan tapi nampak gayanya jiwa dia juga tidak bebas dari kebencian terhadap anak bangsanya sendiri.
Hahahhaaa bangsat la korang…. kalau PKR guna UNISEL takper pulak….. memang mcm haram jadah… lgpun BN yg buat UPM ni suka hati dier la nak buat apa pun… korang kalau tak suke berambus jer la…. mmg mcm gampang….
eh2 tony…gampang? aku rasa ko mcm ckp dgn cermin ja…sapa kata UPM ni BN buat ha? mana depa dapat duit kalo bkn dr cukai2 yang rakyat byr trmasuk mak&bapak ko? gaya ckp mcm ko tau smua… pptuihhhhh!!!
VC Uniselpun dari kalangan puak tu jugaklah agaknya, dulu Dekan kat Serdang kemudian bila dia dianggap sebulu dgn PKR maka dilantik jadi VC di unisel. La ni bolehlah jadi perancang dasar dan strategi PKR untuk menguasai Putrajaya dan seterusnya merialisasikan impian anwar utk jadi PM.
Macam mana nak jadi pemimpin negara, kalau bibit-bibit kebencian dibiarkan subur dihati dan sanubari. Memandang hina kepada pemimpin yg dipilih rakyat dari kalangan bangsa sendiri. Kata berpendidikan tinggi, tapi cakap mcm org tak sekolah. Kalau inginkan kebebasan bersuara, bebaskan dulu hati nurani tu dari rasa benci, rasa muak dan rasa jelak terhadap anak bangsa sendiri. Masuk UPM biarlah jadi org pandai, bukan jadi bertambah bodoh.