Forum Kebebasan Akademik, “Wacana Seperti Ini Harus Diteruskan” – Dr. Hafidzi

SERDANG, 3 Oktober 2011 – Forum Kebebasan Akademik yang bertajuk “Era Baharu Kebebasan Berpendapat” yang berlangsung kelmarin di Bilik Tutor 4, Jabatan Matematik Fakulti Sains, UPM menyaksikan suatu bentuk wacana yang sangat membuka minda dan kesedaran mahasiswa UPM. Perbincangan panas dua orang ilmuwan, Prof Dr. Abdul Aziz Bari, pensyarah kanan UIAM dan Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, pensyarah kanan UPM ini banyak mengulas akan pencabulan hak kebebasan berpendapat dan kebebasan akedemik. Ini adalah satu isu lapok  yang telah lama menjangkiti sistem pendidikan di Malaysia sejak hampir 30 tahun yang lalu.

Menjawab kepada persoalan moderator yang juga Pengerusi Pro-Mahasiswa, Saudara Tarmizi, Prof Dr. Abdul Aziz Bari telah mengulas serba sedikit akan isu pergantungannya di UIA. Beliau menegaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan dan disiarkan di laman berita Malaysiakini adalah satu bentuk dasar kebebasan akedemik.

Isu sebenar yang di bangkitkan oleh beliau adalah bagaimana peranan sultan dalam menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepada mereka. Tidak ada apa-apa yang salah di sisi undang-undang. Bahkan beliau sendiri ialah seorang pakar dalam undang-undang perlembagaan. Justeru, beliau mempunyai hak untuk bercakap dalam konteks perlembagaan. Malah, beliau turut menambah akan kekesalan terhadap sistem pendidikan di Malaysia yang selama ini dipolitikkan oleh sesetengah pihak untuk kepentingan mereka.

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berpendapat situasi dan isu sekarang umpama kisah Nabi Musa ketika berhadapan dengan ahli-ahli sihir Firaun. Ahli-ahli sihir yang menyokong Nabi Musa umpama para pengamal akademik yang berani mendedahkan kebenaran kepada masyarakat, maka mereka akan dihukum.

‘Mahasiswa mahasiswi juga  takut apabila saya membincangkan  isu-isu semasa yang melibatkan negara, dan bertanya adakah saya tidak takut dengan ISA?’,ulas beliau berhubung sikap sebahagian besar mahasiswa sekarang yang tidak cakna dan cetek dalam penafsiran terhadap kebebasan berpendapat dan akademik.

Tambah beliau, ‘Kita ada kebebasan bersuara, tetapi tiada jaminan selepas bersuara’.

Oleh kerana itu, Prof Madya Dr Hafidzi menyokong penuh agar diskusi dan wacana ilmu seumpama ini disuburkan di bumi UPM. Mahasiswa mahasiswi UPM akan lebih berketerampilan, bercambah dengan idea-idea bernas dan memeriahkan lagi budaya ilmu di sini.

Bangunlah wahai mahasiswa mahasiswi UPM

‘hujah mesti dibalas dengan hujah’

‘hujah dibalas dengan kezaliman’ harus dihentikan

Oleh kerana kami berpendidikan, kami benci bila kami diperbodohkan – Pengerusi Pro Mahasiswa UPM

Perihal Pro Mahasiswa

Kampus Milik Mahasiswa

3 Responses to “Forum Kebebasan Akademik, “Wacana Seperti Ini Harus Diteruskan” – Dr. Hafidzi”

  1. nrj says :

    salam. boleh x mohon share klau ade vid ntk Forum Kebebasan Akademik ni? klu boleh post kt youtube pmiupm. jazakallah khair :)

  2. anuar says :

    Bila bercakap depan pelajar atau orang bawahan yg tak bayak soal-jawab memanglah semua perasan hebat. Bila berdepan dengan bos, bila berada di Dewan Senat, cakappun dah ikut perut. Kebebasan bersuara kena selari dgn kepentingan peribadi. Perioknasi kena jaga jugak bang.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.