Saifuddin Abdullah Terus Dipersalahkan, Kumpulan Demo di Putrajaya Mudah Terpengaruh, Tidak Matang
Oleh: Hafiz Azim
Serdang, 22 Dis: Fenomena Adam Adli yang menurunkan bendera gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus hangat dibincangkan di laman sosial dan media online.
Berikutan insiden tersebut, semalam sekumpulan mahasiswa berhimpun di bangunan Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, dalam masa yang sama menuntut Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Saifudin Abdullah letak jawatan.
Dua hari yang lepas, sekumpulan ahli UMNO Bahagian Tanjung Malim bersama parti komponen Barisan Nasional (BN) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta wakil penduduk berhimpun di pintu pagar UPSI menuntut UPSI mengambil tindakan tegas terhadap Adam.
Berdasarkan perkembangan semasa, Saifuddin Abdullah terus dipersalahkan oleh sebahagian ahli UMNO dan kumpulan mahasiswa penyokong kerajaan kerana sikap manja beliau dan Menteri Pengajian Tinggi, sedangkan dalam masa yang sama Saifuddin bertegas bahawa kumpulan mahasiswa, yang didakwa menurunkan bendera wajah Datuk Seri Najib Razak di pekarangan ibu pejabat Umno kelmarin, harus meminta maaf.
“SMM/Bebas mesti minta maaf atas tindakn turunkan bendera. Nak beza pndapat bab lain, itu soal lain.Tapi bab bendera, anda salah,” kata Saifuddin melalui mesej Twitter Selasa lepas.
Respon Pengerusi Pro-Mahasiswa UPM, Tarmizi Anuwar ketika ditanya berkaitan demonstrasi semalam, mahasiswa yang berdemonstrasi di Putrajaya semalam sebagai golongan mudah terpengaruh dan tidak matang. Ini kerana mereka berhimpun tanpa asas yang berkepentingan untuk masyarakat umum.
“Hanya kerana turunkan bendera gambar Perdana Menteri untuk seketika kurang 5 minit, tidak ada asas untuk menuntut Dato’ Saifuddin Abdullah letak jawatan. Apakah bendera tersebut dalam perancangan akan dibiarkan sehingga reput di tiang tersebut tak turun-turun?” Sindir beliau.
Tambahnya lagi, “Pelik apabila beliau (Saifuddin Abdullah) dituduh bukan-bukan oleh mahasiswa ‘sekapal’ dengannya tanpa pasti perkara sebenar, iaitu Dato’ Saifuddin Abdullah benar-benar tidak nampak apa yang berlaku kerana perhatian beliau ketika itu adalah kepada mahasiswa di hadapannya.”
Tarmizi simpulkan, “Mahasiswa yang turun ke demonstrasi semalam sebagai golongan mudah terpengaruh dengan politik luar dan tidak matang, berbeza dengan perjuangan SMM yang mempunyai nilai untuk kepentingan masyarakat dan negara tanpa terikut-ikut pihak berkepentingan dalam politik. Kerajaan kita kritik, pembangkang pun kita kritik. Sesiapa mahu bersama perjuangan kita, kita alu-alukan.”
Seru beliau kepada mahasiswa, bahawa ada perkara lebih besar lagi perlu kita perjuangkan dan jangan lupa pada enam tuntutan bebas dalam masa yang sama, terus memberi sokongan terhadap Adam Adli yang kini menjadi fenomena.
SCAR 2011 Peluang Mahasiswa Tambah Kemahiran Insaniah dan Serlah Bakat
SERDANG, 20 Disember 2011 – SCAR 2011, Second’s College Carnivals 2011 telah melabuhkan tirai penutupan pada hari ini selepas tiga hari berlangsung dengan jayanya. Program tersebut merupakan pogram besar yang dianjurkan oleh barisan MTM Kolej Kedua dengan bantuan tajaan daripada Johor Corporation, Pejabat Menteri Besar Johor dan beberapa penaja lain.
Sepanjang tiga hari berlangsung, berbagai aktiviti telah terlaksana hasil perancangan yang diatur oleh pihak penganjur. Antaranya ialah pameran daripada pelbagai agensi kerajaan seperti SYABAS, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Pilihan Raya, NKRA termasuk badan NGO seperti IKRAM, Dunia Khalifah Academy dan lain-lain,
Bagi pelajar yang berminat dalam bidang fotografi, mereka berpeluang mengikuti Bengkel Fotografi bagi menambah lagi pengetahuan dan kemahiran dalam seni gambar. Selain itu, pengunjung yang hadir turut teruja dengan demonstrasi seni mempertahankan diri. Tidak terkecuali, pemeriksaan kesihatan percuma dan kempen derma darah turut ditawarkan.
Komitmen tinggi oleh penganjur yang menganjurkan pertandingan Band Fighter menjadikan pertandingan tersebut sebagai aktiviti yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Lapan kumpulan terdiri daripada lelaki dan perempuan telah menyertai pertandingan yang menarik ramai penonton ke karnival tersebut.
Para pengunjung yang datang menyaksikan pertandingan ini menghangatkan suasana dengan sorakan dan laungan sokongan kepada kumpulan pilihan. Penampilan istimewa Hanafi MK Jamal yang juga merupakan Presiden Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Kedua membuatkan penonton yang kebanyakannya dari ‘tuan rumah’ teruja dengan persembahan beliau.
Selain itu, peluang keusahawanan turut dimanfaatkan pelajar dan orang awam apabila lebih 20 tapak gerai jualan disediakan di kawasan parkir kereta Kolej Kedua telah penuh. Usaha ini wajar dipuji memandangkan keusahawanan merupakan salah satu daripada 7 elemen Kemahiran Insaniah(KI) yang sentiasa diterapkan dalam kalangan mahasiswa UPM.
-Laporan ringkas-
AUKU: Apakah Perlu Dipinda atau Dimansuh?
Oleh: Amiruddin Hasan
AUKU atau lebih dikenali dengan Akta Universiti Kolej Universiti yang diperkenalkan semenjak tahun 1971 dan mendapat perkenan raja pada 27 April 1971 telah banyak mengubah life student di kampus lebih-lebih lagi penglibatan mahasiswa dalam bidang politik. Sehingga kini mahasiswa seolah-olah dimomokkan dengan AUKU dan seakan-akan AUKU ini menjadi hantu yang telah menghantui mereka semenjak menjejakkan kaki di menara gading hinggalah melangkah kaki ke alam pekerjaan. Hanya segelintir sahaja yang berani untul berdepan dengan “kuasa AUKU” ini.
Baru-baru ini pada 24 November 2o11 Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Dewan Rakyat mengumumkan untuk meminda Seksyen 15 AUKU bagi membolehkan mahasiswa menjadi ahli parti politik. Setelah hampir sekian lamanya mahasiswa menjadi mangsa dan dimomokkan dengan AUKU baru kini YAB PM bertindak untuk menggubal akta ini. Adakah ini secara tidak langsung berkait rapat dengan PRU yang bakal berlangsung tidak lama lagi atau pun YAB PM sudah bersedia untuk menerima mahasiswa sebagai partipitasi ahli politik? Saya serah kepada anda untuk menilai dan menentukan.
Setelah mendapat mandat ini, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Saifuddin Abdullah telah mengambil langkah yang bijak dengan mengadakan perundingan dan perbincangan yang luas dan terbuka akan diadakan dan digalakkan dengan pelbagai pihak kepentingan, seperti badan-badan mahasiswa, academia, belia, professional, masyarakat sivil dan parti politik. Dengan pindaan ini Dato’ menjangka perkara ini dapat dibentangkan di mesyuarat pertama Parlimen tahun 2012.
Perkara hangat ini telah membangkitkan 1001 jawapan dari pelbagai pihak yang mendalami AUKU ini. Walaupun hakikatnya tidak semua pelajar didedahkan dengan AUKU walaupun setelah bergelar mahasiswa selama 4-5 tahun lamanya, mereka tidak lain hanyalah dimomokkan sahaja dengan AUKU. Bahkan di kalangan mereka yang menyandang jawatan di dalam universiti sendiri pun sama ada majlis perwakilan pelajar, majlis tertinggi mahasiswa dan lain-lain masih kabur tentang perkara ini.
Hasil daripada Persidangan Meja Bulat Pindaan AUKU ini yang di adakan pada 17 Disember 2011 di ibu kota, , hampir 7/8 daripada perwakilan yang hadir yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar yang merupakan antara Stake Holder terpenting, non-Government Organization andGovernment Organization telah bersetuju untuk tindakan diambil ke atas AUKU ini sama ada dengan pandangan ingin menggubal atau memansuhkan dan diganti dengan akta lain. masing-masing berhujah dengan pandangan masing-masing. Dan rata-rata bagi mereka yang pernah “bersama AUKU” pasti mahukan AUKU di MANSUHKAN.
Antara persoalan yang hangat dibangkitkan mengapakah hanya selepas umur 21 tahun barulah mahasiswa di IPT dibenarkan untuk terlibat dalam parti politik? Jika kita dilihat sebagai contoh di Philippine mereka telah dibenarkan untuk terjun ke kancah politik setelah mencapai umur 15 tahun dan Australia pula tiada had limit umur untuk menceburkan diri dalam bidang politik. Bahkan di University of Massachutes mahasiswa sendiri dibenarkan untuk menggubal silibus pendidikan di NEGARA mereka. Di manakah letaknya peranan mahasiswa sebagai pelapis pucuk pimpinan masa depan jika terus diketepikan oleh pihak pemerintah? Saya serahkan kepada anda untuk menilai dan menentukan..
Melihat kepada statistik setelah AUKU diperkenalkan, apa yang dapat dilihat dalam hasil implementasi AUKU hanyalah kebanyakan antaranya adalah sekadar memenuhi peluang pekerjaan dan mengalami proses “PEMBODOHAN BERULANG-ULANG”. Masakan tidak, jika mereka dikekang dan dihantui dengan bayangan AUKU semenjak di life campus lagi, maka apabila mereka melangkah masuk alam pekerjaan mereka terus dibelenggu kongkongan AUKU dan menjadikan mereka takut untuk tampil ke hadapan untuk membawa idea baru yang mungkin boleh mentranformasi masa depan negara ini khususnya dalam kalangan belia. Jika mereka seorang pendidik di peringkat sekolah, ada di antara mereka yang akan memomokkan AUKU kepada pelajarnya lantas mencetuskan perasaan takut kepada AUKU semenjak di bangku persekolahan lagi.
Lantaran itu, ramai dari kalangan pimpinan mahasiswa mahu pun aktivis mahasiswa berhujah untuk memansuhkan AUKU terus dan tiada guna jika digubal akta tertentu tetapi kebebasan mahasisiwa masih lagi dikawal seperti kebebasan berhujah, kebebasan berkumpul, kebebasan menggunakan media dan sebagainya. Apalah guna meminda akta tertentu tapi impliaksinya adalah sama, di mana pandangan mahasiswa masih lagi dipandang enteng oleh pemerintah dan mahasiswa tidak berpeluang menyertai politik.
Adakah dengan partipitasi mahasisiwa ke kancah politik boleh menjerumuskan mereka ke tahap hingga GB (Gagal Berhenti)? Hingga ke masa kini tiada kajian emperikal yang menunjukkan bahawa mahasisiwa yang telibat dengan parti poltik GB dalam pengajian mereka (Prof. Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi- salah seorang penggubal AUKU pada tahun 2009). Bahkan lebih ramai mereka yang bermasalah dalam pointer dan ada yang GB kerana terlalu asyik bermain game di hostel termasuklah Dota, War Craft, PES dan terlibat dengan perkara yang tidak mendatangkan hasil.
Atau pun kerajaan lebih suka menghasilkan mahasiswa yang nerd dalam mengisi ruang pekerjaan. Mereka yang hanya tahu belajar sahaja tapi tiada nilai tambah pada mereka. Pernah saya menemu ramah seorang CEO Perodua bahawa masa kini pointer bukan lagui kayu ukur dalam mengisi peluang pekerjaan, bahkan pointer jatuh tempat ke 7 @ 8 dalam penilaian temuduga. Hatta ada penemuduga yang langsung tidak melihat slip keputusan kita bila ditemuramah. Mereka hanya menilai nilai tambah yang ada pada kita. Perlu diingat bukan segala apa yang kita pelajari di menara gading akan diguna pakai dalam bidang pekerjaan. Pointer bukan asbab kepada kita untuk mendapat pekerjaan tetapi ia boleh menjadi faktor utama kepada meraih peluang pekerjaan.
Selain itu, antara topic perbualan hangat adalah mengapakah jawatankuasa pemindaan AUKU ini tidak melibatkan daripada golongan mahasiswa sendiri? Bukankah mahasiswa perlu diberikan sedikit ruang untuk bersuara dan menentukan masa depan mereka. Mengapa hanya pihak KPT dan mereka yang berkepentingan dalam HEP university tertentu sahaja yang telibat. Zaman mereka sudah berlalu, dan zaman kini adalah zaman anak muda. Anak muda lebih faham tentang apa yang mereka inginkan. “Siapa yang tidak melaluinya tidak akan merasainya”. Dan jika dilihat kepada pandangan yang dilontar oleh beberepa orang menteri, hakikatnya pandangan daripada menteri yang pernah terlibat dalam kancah politik semenjak di alam campus lagi adalah lebih berfikiran terbuka dan meluas berbanding dengan mereka yang tidak pernah melalui suasansa politik campus.
Kebebasan mahasiswa di university tempatan terus di sekat. Jika dilihat kepada mereka yang pernah melanjutkan pelajaran di luar negara seperti di United Kingdom, mereka (pelajar bukan warganegara) adalah bebas untuk memberi partisipati kepada politik tempatan. Sebagai contoh, ada di kalangan pemimpin pada masa kini yang mana ketika berada di UK semasa berada dalam life campus telibat dengan Labour party dan dia tidak dikenakan tindakan undang-undang atau sekatan daripada pihak kerajaan UK. Apakah sebenarnya nasib mahasiswa di negara sendiri? Adakah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri??
Apa yang lebih mendukacitakan lagi adalah persepsi dan stigma masyarakat kepada mahasiswa yang ingib berpatisipati dalam kancah politik terlalu horror. Masakan tidak masyarakat telah memberi tanggapan yang salah sebenarnya kerana kebanyakan politik horror dan kotor ini sebenarnya adalah berlaku dalam dunia sebenar politik, bukannya di kalangan mahasiswa. Politik campus tidaklah seteruk yang dimomokkan oleh sebahagian pihak atau yang bermain dalam kotak minda kita sebenarnya.
Menurut Commissioner SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia) – Muhammad Sha’ani bin Abdullah, bahawa stigma masyarakat yang gemar memandang serong pada sesuatu perkara memburukkan lagi keadaan. Sebagai contoh bila mana SUHAKAM membela seseorang tertuduh masyarakat seolah-olah melihat SUHAKAM membela orang yang BERSALAH sedangkan si tertuduh belum lagi bersalah sehingga dibicarakan dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. Dan secara jujur dan ikhlas, jika kita menilai AUKU dengan jelas, kita akan dapat mengenal pasti bahawa AUKU adalah bertentangan dengan human rights. Ketepikan padangan prejudis pada mana-mana parti atau pihak, dan lihatlah dengan keikhlasan dan kejujuran, bahawa human rights adalah hampir kosong nilainya dalam AUKU disebabkan banyaknya perkara yangbuyers dan menyekat kebebasan. Percayalah kebenaran tetap akan muncul umpama munculnya sinaran matahari menerangi waktu siang walaupun kebenaran berada dalam pihak yang minoriti
Persoalannya sampai bilakah perkara ini? Adakah kerajaan terlalu takut untuk berdepan dengan pengaruh kuasa mahasiswa dalam kancah politik? Atau kerajaan tidak pernah percaya kepada mahasiswa untuk berpolitik walaupun mahasiswa merupaka perintis masa depan pucuk pimpinan negara?
Perlu diingat bahawa “FREEDOM IS NOT A PREVILLAGE, BUT FREEDOM IS A HUMAN RIGHT WHICH MUST DESERVE BY EACH OF US”
Perlukah dengan statement ini lagi kepada mahasiswa “YOU CAN GO TO SWIM, BUT YOU CANT GET SWEAT…IF YOU ARE SWEAT YOU WILL BE PUNISH!!”
Atau telah sampai masanya kerajaan mengorak langkah perubahan demi kemaslhatan negara pada masa akan datang. Bersamalah kita cuba renungkan dan fikirkanapakah pula masa depan mahasiswa dan anak cucu kita? Saya serah kepada anda untuk menentukan.
Muhamad Amiruddin Hasan
Exco Pemantauan Kualiti & Implementasi
Majlis Perwakilan Pelajar UPM
AGM Persatuan-persatuan UPM, menuju ke arah PENDEMOKRASIAN MAHASISWA
Setiap yang naik pasti akan turun. Memahami adat ini, Pro-Mahasiswa meraikan mesyuarat agung tahunan setiap persatuan-persatuan yang ada di UPM sebagai sebuah proses kitaran kuasa. Pemilihan wajah-wajah baru bagi mengisi mana-mana jawatan dalam setiap organisasi merupakan perkara yang harus dipandang serius.
Hal ini kerana, jatuh atau bangun sebuah organisasi itu terletak kepada pemimpin organisasi itu sendiri. Pemilihan pimpinan organisasi perlulah melalui proses yang matang dan meraikan pendapat semua ahli organisasi.
Pengerusi Pro-Mahasiswa UPM, Saudara Tarmizi berkata, “Pengamalan prinsip asas dalam sistem pemilihan atau pilihanraya ini haruslah menerapkan elemen penglibatan ahli-ahli persatuan, ketelusan dan keadilan dalam sistem pemilihan. Setiap persatuan perlulah melalui proses pendemokrasian ini dalam memastikan hak bersuara setiap ahli persatuan diambil kira”.
Justeru, saya menyeru kepada persatuan-persatuan di UPM untuk turut mengamalkan sistem pemilihan pemimpin bagi organisasi yang dipimpin. Antara persatuan-persatuan yang seharusnya menjalankan sistem demokrasi dalam pemilhan sama ada dibawah kategori KEROHANIAN, SENI MEMPERTAHANKAN DIRI, SUKAN DAN REKREASI, KEPEMIMPINAN, KREATIF, KEUSAHAWANAN, KEBUDAYAAN, KEBAJIKAN dan FAKULTI yang mana semua persatuan dibawah kategori-kategori ini ada sebanyak lebih kurang 90 persatuan, seharusnya mengamalkan sistem pemilihan pemimpin organisasi dengan telus dan adil serta turut mengambil kira suara majoriti ahli persatuan.
“Selaku Pengerusi Pro-Mahasiswa UPM, saya berpendirian dan bersedia menjadi sebuah Badan Bebas yang mengendalikan proses pemilihan atau pilihanraya pemilihan kepimpinan persatuan-persatuan di UPM. Hubungi saya jika anda berminat. Ayuh semua, semarakkan pengamalan DEMOKRASI di UPM!!!,” tambahnya lagi.









Ulasan