UPM: Bilik di Blok Pelajar Terbakar, Dipercayai Akibat Litar Pintas
Serdang, 30 Nov: Dipercayai akibat litar pintas soket, sebuah kebakaran kecil berlaku di sebuah bilik di blok L2,
Kolej Enam Belas, UPM. Bilik aras bawah yang dihuni oleh dua orang pelajar tersebut mengalami kebakaran kecil mula disedari pelajar yang berada di blok berkenaan kira-kira jam 10.30 malam.
Kebakaran tersebut mula disedari penghuni di bilik atas setelah asap mula naik ke atas, dan asap yang memenuhi koridor aras yang sama, menyebabkan bau kebakaran mula dirasakan oleh sebahagian pelajar yang berada di blok tersebut.
Tiada sebarang kecederaan dilaporkan kerana kedua-dua mangsa tidak berada dalam bilik dan hasil tindakan pantas pelajar yang membunyikan loceng kecemasan serta melaporkan kejadian tersebut kepada Unit Bantu Mula serta Bomba dan Penyelamat Malaysia yang tiba kira-kira hampir 11.00 malam, api berjaya dipadamkan lebih awal.
Dalam masa yang sama, sebahagian besar penghuni bergegas turun ke bawah menyaksikan kejadian walaupun pada awalnya menyangka kejadian tersebut hanya latihan kecemasan seperti kebiasaannya.
Berdasarkan siasatan awal, kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas soket yang disambungkan dengan beberapa peralatan elektrik.
Sementara itu, tindakan pantas Pasukan Bomba dan Penyelamat memindahkan tilam terbakar keluar lalu api
dipadamkan, berjaya mengawal kebakaran dari terus merebak.
Hari Rabu lepas, satu latihan pelan kecemasan kebakaran dibuat secara mengejut di blok yang sama, dikatakan membantu pelajar berhadapan dengan kes kebakaran seperti ini.
Bilik kejadian buat masa ini dalam siasatan lanjut pihak bomba dan jumlah kerugian masih belum dikenalpasti sehingga siasatan selesai. Bomba yang selesai jalankan siasatan awal mula beredar sekitar jam 11.55 malam. -ProM UPM



ada rice cooker, peti ais, cerek dan laptop di pasang pada satu extension dan plug point. mne x over flow..
aku nmpak ad sterika tuh.. warna biru..