Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)


Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik yang dikenali sebagai BEBAS telah dilancarkan pada 22 Nov 2011 yang terdiri daripada gerakan mahasiswa dalam usaha memperjuangkan hak dan kebebasan mahasiswa serta ahli akademik. BEBAS mendapat sokongan padu daripada gerakan mahasiswa termasuk:

SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM)

PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (PMIUPM)

PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UNIVERSITI MALAYA (PMIUM)

KELAB RAKAN SISWA ISLAH MALAYSIA (KARISMA)

KUMPULAN AKTIVIS MAHASISWA INDEPENDEN (KAMI)

GERAKAN DEMOKRATIK BELIA DAN PELAJAR MALAYSIA (DEMA)

PRO-MAHASISWA NASIONAL (PRO-MN)

MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA NASIONAL (MPMN)

LEGASI MAHASISWA PROGRESIF (LMP)

KESATUAN AKSI MAHASISWA (AKSI)

 

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Jawatankuasa Gerakan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) bersetuju untuk meletakkan dua prinsip utama yang menjadi asas kepada gerakan kebebasan akademik, iaitu :

1. Bahawa ahli akademik, sama ada di dalam atau di luar bilik kuliah, memiliki kuasa yang tidak terbatas untuk mempersoal, menguji idea dan mengeluarkan kenyataan kontroversi dan tidak popular tanpa mengira sama ada pendapat tersebut bercanggah atau tidak dengan pendapat umum

2. Institusi akademik tidak berhak untuk mengekang kebebasan akademik dalam kalangan kakitangan universiti atau menggunakan praktis kebebasan akademik sebagai sebab untuk mengenakan tindakan tatatertib

Jawatankuasa BEBAS juga menyenaraikan 6 tuntutan utama gerakan, iaitu :


1) Mansuhkan AUKU dan AKTA 174

BEBAS berpendirian bahawa AUKU dan AKTA 174 perlu dimansuhkan berdasarkan dua teras berikut :

a. Peruntukan-peruntukan dalam Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (pindaan 2009) dan Akta 174 membunuh aktivisme mahasiswa Malaysia

b. Peruntukan-peruntukan dalam Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (pindaan 2009) dan Akta 174 yang mencabuli hak-hak asasi manusia khususnya mahasiswa


2) Bebaskan ilmuan berakademik

BEBAS menuntut hak kebebasan berakademik bagi para ilmuan dalam perkara-perkara berikut :

a. Para ilmuan mempunyai kebebasan untuk mengajar dan membuat kajian dalam persekitaran akademik tidak kira sama ada kajian tersebut bersifat kontroversi atau tidak popular serta bercanggah dengan pendapat umum khususnya mana-mana kuasa politik di dalam negara.

b. Para ilmuan mempunyai kebebasan menyatakan pendapat, mengeluarkan pandangan, menyatakan kritikan terhadap apa jua isu berasaskan pandangan intelektual hasil daripada kajian, observasi dan penilaian mereka sama ada di dalam atau di luar universiti.

c. Para ilmuan bebas berkhidmat tanpa terikat dengan mana-mana perjanjian yang bertentangan dengan hak kebebasan berakademik yang dijamin perlembagaan

 

3) Bebaskan mahasiswa bersuara

BEBAS menuntut mahasiswa diberi kebebasan bersuara dalam kerangka berikut:

a.   Mahasiswa mempunyai kebebasan untuk belajar dan membuat kajian dalam persekitaran akademik tidak kira sama ada kajian tersebut bersifat kontroversi atau tidak popular serta bercanggah dengan pendapat umum khususnya mana-mana kuasa politik di dalam negara.

b. Mahasiswa mempunyai kebebasan menyatakan pendapat, mengeluarkan pandangan, menyatakan kritikan terhadap apa jua isu berasaskan pandangan intelektual hasil daripada kajian, observasi dan penilaian mereka sama ada di dalam atau di luar universiti.

c.  Mahasiswa bebas menjalankan apa jua aktiviti seperti demonstrasi, himpunan aman, rapat umum, seminar, diskusi dan lain-lain aktiviti di mana mahasiswa menyampaikan pandangan dan idealisme perjuangan mereka

 

4. Bebaskan mahasiswa mengurus pilihanraya kampus

BEBAS menuntut supaya :

a.  Mahasiswa diberi autonomi atau kuasa untuk menjalankan pilihanraya kampus sendiri bagi memilih perwakilan pelajar yang bakal memimpin persatuan atau badan induk kepimpinan pelajar.

b.  Proses pemilihan pelajar ini dijalankan tanpa sebarang campurtangan daripada mana-mana pihak sama ada dari sudut sistem, teknikaliti, kempen, pembuangan undi, pencalonan dan lain-lain elemen dalam proses pemilihan yang hanya melibatkan mahasiswa.

 

5)      Bebaskan mahasiswa mengurus tadbir persatuan dan aktiviti

BEBAS menuntut supaya :

a.  Mahasiswa diberi autonomi atau kuasa untuk mengurus tadbir persatuan dan aktiviti persatuan atas kapasiti mahasiswa sendiri.

b.  Urus tadbir ini dijalankan oleh mahasiswa tanpa sebarang campurtangan mana-mana pihak termasuk pihak pentadbiran universiti.

c.   Hal ini merangkumi segala bentuk pentadbiran persatuan dan aktiviti, kewangan dan perbelanjaan, dana dan tajaan, pengisian dan aktiviti, penerbitan dan publisiti serta apa jua elemen-elemen lain di dalam urus tadbir persatuan.

 

6)      Bebaskan mahasiswa berpartisipasi dalam politik

BEBAS menuntut mahasiswa diberikan kebebasan berpartisipasi dalam politik sebagaimana berikut :

a.   Melibatkan diri atau menjalankan seminar dan diskusi yang membincangkan soal-soal politik, ekonomi dan sosial di mana mahasiswa berbincang dengan tokoh-tokoh politik dan pensyarah.

b.   Mahasiswa bebas mengemukakan resolusi, cadangan atau kritikan bercorak politik dibentang dan dikeluarkan untuk tatapan umum dan kerajaan.

c.   Mahasiswa bebas menjalankan penerbitan akhbar, majalah dan risalah atau kenyataan akhbar di mana mahasiswa menyuarakan cita-cita politik mereka.

d.  Mahasiswa bebas menjalankan dan menyertai apa jua aktiviti di dalam dan luar universiti di mana mahasiswa menyampaikan pandangan dan idealisme perjuangan mereka.

 

Muhammad Safwan b. Anang @ Talib
Pengerusi
Gerakan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademik
BEBAS


Perihal Pro Mahasiswa

Kampus Milik Mahasiswa

8 Responses to “Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)”

  1. Mohamad Afandi Bin Wahid says :

    assalamualaikum…..
    saya ingin menyatakan pendapat sedikit berdasarkan kejadian yang baru2 ini berlaku……pada saya jika anda mahukan kebebasan dalam akademik, kejadian yang baru berlaku ini menunjukkan sebaliknya…..dan tidak menunjukkan sebarang kematangan anda sebagai seorang mahasiswa….first, saya mahu bertanya semasa kerajaan mengadakan meja bulat kenapa tidak menghantar wakil untuk perbincangan tersebut….dan semasa perarakan kenapa mesti melibatkan orang politik,andai anda kata mahukan kebebasan akademik dan ini menampakkan ketidakmatangan anda sebagai mahasiswa dan tidak berani untuk berdiri diatas kaki sendiri dan saya sebagai pegundi atas pagar nampak ini hanya sebagi mainan politik dan tak lebih daripada itu………dan bagi saya kalau anda tidak suka kerajaan sekarang,pada pilihan raya akan datang adalah peluang anda untuk menukarkan nya………untuk pengetahuan anda ini pertama kali saya memberi komen didalam blog disebabkan kejadian yang memalukan itu dan saya pernah menjadi mahasiswa cukup terasa dengan tindakan tidak matang anda…….saya menyokong demonstrasi anda tapi penyudahnya menyebabkan saya berfikir 2 kali…..dan jawapan anda kepada permintaan permohonan maaf itu menunjukkan ketidakmatangan anda sebagai seorang pemimpin mahasiswa…..saya memohon maaf jika ada kebiadapan dalam tulisan ini dan saya berharap ini adalah yang pertama dan terakhir untuk saya meluahkan perasaan di dalam blog…….

    p/s orang akan lebih respek dan memandang tinggi anda, jika anda membuat permohonan maaf……

    • ZAKEY AHMAD says :

      APE KAU NI.. KALAU X BUAT MCMTU.. KERAJAAN XKAN PANDANG PUN APE YG MAHASISWA SUARAKAN.. RAKYAT DI MALAYSIA DIHALANG BERSUARA.. KAU BOLEH BEZA LA VIDEO CARA MAHASISWA BERCAKAP DGN PANGLIMA2 UMNO BERCAKAP.. CKP MERAPU.. ITU BUKANNYA NAMA TDK MATANG.. SEBAB MATANG LA DIA MENEGAKKAN KEADILAN.. DAN KAU.. SEBAB KAU X MATANG LA X DAPAT BEZA MANA BAIK MANE BURUK.. PENGUNDI ATAS PAGAR?? ADUHAI..

  2. Tanpa Nama says :

    persoalannya sng ja pn dlm kes adam nih (atau kes bersih):
    “jadi mana perginya saluran betul utk ketengahkan isu tersebut?”….

    yang hairannya PM kita berdiam dir…tp yg melenting…org bawahan aka kaki kipas

  3. matts says :

    Kalau sudah nasihat pun tidak mahu dengar,
    Bincang cara diplomasi pun tidak mahu,
    Kalau dia orang hendak sangat kebebasan 100%…buat saja universiti sendiri ! masa itu tidak perlu ada peraturan lagi…buat lah apa yang kau orang suka,
    sendiri mahu tahu….

  4. Ijam says :

    Sekiranya anda mahukan kebebasan daripada isu-isu yang telah dipaparkan di atas, saya berpendapat dan sarankan agar kerajaan sekat segala subsidi yang berkaitan. Impaknya, setiap universiti awam bertanggungjawab untuk mendapatkan dana sendiri, antaranya menaikkan yuran pembelajaran supaya setaraf dengan kadar yuran yang dikenakan di institusi-institusi pengajian swasta. Sila sedar diri bahawa apa yang kita ada sekarang ini adalah hasil daripada pemerintahan kerajaan sedia ada. Sekiranya kerajaan tidak memberi subsidi kepada universiti-universiti awam (tidak kira melalui apa saluran sekalipun, termasuk bantuan daripada MARA), anda dan ramai lagi anak melayu tidak mempunyai kemampuan untuk melanjutkan pelajaran. Ini kerana majoriti anak melayu yang menuntut di universiti awam berasal daripada golongan yang sederhana atau berkemampuan rendah dan ini terbukti berdasarkan hasil bancian yang pernah dilakukan sebelum ini.

    Sebagai mahasiswa / mahasiswi, anda sepatutnya menumpukan sepenuh perhatian dengan pelajaran dan bukanlah dengan idea-idea yang menimbulkan percanggahan pendapat seperti ini. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan konsep serta akta (khususnya AUKU) yang telah ditetapkan oleh kerajaan, tidak ada mana-mana pihak pun melarang anda daripada melanjutkan pelajaran di luar negara DENGAN MENGGUNAKAN DANA SENDIRI TANPA BANTUAN DARIPADA MANA-MANA SALURAN YANG MELIBATKAN SUBSUDI DARIPADA KERAJAAN.

  5. natasha shila says :

    salam..
    selepas membaca ruangan ini dan melihat perhimpuanan yg digerakkan oleh para mahasiswa.saya berasa sgt sedih dengan keadaan ini.sebagai mahasiswa sy rse auku tidak wajar dimansuhkan.adakah jika kita telah meningkat usia 20 an kita telah boleh menilai sesuatu dengan sgt rasional?? mampukah kita untuk membuat sesuatu keputusan tanpa bantuan org yg lebih berpengalaman?? jgn hnya secalit ilmu di dada kita dah mendongak ke langit?? sedangkan hndak mencari pekerjaan pon pengalamn itu sgt berharga. apa ertinya jika kita dibenarkan bersuara tapi suara itu tiada lunaknya,tiada kekuatannya.janganlah kita terlalu mengikut nafsu dan terlalu bangga memperjuangkan sesuatu yg kita tidak fahami.hidup lah dalam kesederhanaan itu lebih baik wahai rakan-rakan ku.fikirkanlah jika hidup mu terlalu bebas dan ibu bapa kalian tidak sedikit pon mengambil berat terhadap tingkah laku kalianatau dengan kata lain tidak membataskan pergaulan kalian adakah kalian akan berdiri dan mampu menuntut ilmu sehingga ke menara gading??. jangan terlalu mengikut nafsu mati nanti akhirnya.fikirkanlah rakan-rakan ku.

  6. Sudir says :

    Alahai ini aje ker yang mahasiswa/i mahu? Kebebasan? Tak terfikir ke mahasiswa/i nak membuat sesuatu yang lebih besar dan bermanfaat kepada umat manusia? Tak terfikir ke mahasiswa/i untuk membuat sesuatu yang lebih bernilai. Aku nak bagi contoh: Mark Zukerberg masih lagi menjadi mahasiswa, dah mencipta Facebook dan digunakan oleh hampir seluruh manusia di muka bumi, malahan sekarang dah menjadi jutawan. Bill Gates mencipta sistem pengoperasian Windows dan juga digunakan oleh hampir seluruh manusia di dunia.

    Jadi kalau setakat mahukan 6 perkara yang korang mahukan tu apalah sangat. Cuba lah fikir wahai mahasiswa/i. Buatlah sesuatu yang boleh dibanggakan atau paling tidak sesuatu yang boleh menjadi manfaat kepada manusia kalau tidak di dunia, di kampus kalian pun jadilah.

  7. nadiaskarwataniah says :

    Teruskan perjuangan Mahasiswa Mahasiswi.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.