AGM Persatuan-persatuan UPM, menuju ke arah PENDEMOKRASIAN MAHASISWA
Setiap yang naik pasti akan turun. Memahami adat ini, Pro-Mahasiswa meraikan mesyuarat agung tahunan setiap persatuan-persatuan yang ada di UPM sebagai sebuah proses kitaran kuasa. Pemilihan wajah-wajah baru bagi mengisi mana-mana jawatan dalam setiap organisasi merupakan perkara yang harus dipandang serius.
Hal ini kerana, jatuh atau bangun sebuah organisasi itu terletak kepada pemimpin organisasi itu sendiri. Pemilihan pimpinan organisasi perlulah melalui proses yang matang dan meraikan pendapat semua ahli organisasi.
Pengerusi Pro-Mahasiswa UPM, Saudara Tarmizi berkata, “Pengamalan prinsip asas dalam sistem pemilihan atau pilihanraya ini haruslah menerapkan elemen penglibatan ahli-ahli persatuan, ketelusan dan keadilan dalam sistem pemilihan. Setiap persatuan perlulah melalui proses pendemokrasian ini dalam memastikan hak bersuara setiap ahli persatuan diambil kira”.
Justeru, saya menyeru kepada persatuan-persatuan di UPM untuk turut mengamalkan sistem pemilihan pemimpin bagi organisasi yang dipimpin. Antara persatuan-persatuan yang seharusnya menjalankan sistem demokrasi dalam pemilhan sama ada dibawah kategori KEROHANIAN, SENI MEMPERTAHANKAN DIRI, SUKAN DAN REKREASI, KEPEMIMPINAN, KREATIF, KEUSAHAWANAN, KEBUDAYAAN, KEBAJIKAN dan FAKULTI yang mana semua persatuan dibawah kategori-kategori ini ada sebanyak lebih kurang 90 persatuan, seharusnya mengamalkan sistem pemilihan pemimpin organisasi dengan telus dan adil serta turut mengambil kira suara majoriti ahli persatuan.
“Selaku Pengerusi Pro-Mahasiswa UPM, saya berpendirian dan bersedia menjadi sebuah Badan Bebas yang mengendalikan proses pemilihan atau pilihanraya pemilihan kepimpinan persatuan-persatuan di UPM. Hubungi saya jika anda berminat. Ayuh semua, semarakkan pengamalan DEMOKRASI di UPM!!!,” tambahnya lagi.





Ulasan