Saifuddin Abdullah Terus Dipersalahkan, Kumpulan Demo di Putrajaya Mudah Terpengaruh, Tidak Matang
Oleh: Hafiz Azim
Serdang, 22 Dis: Fenomena Adam Adli yang menurunkan bendera gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus hangat dibincangkan di laman sosial dan media online.
Berikutan insiden tersebut, semalam sekumpulan mahasiswa berhimpun di bangunan Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, dalam masa yang sama menuntut Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Saifudin Abdullah letak jawatan.
Dua hari yang lepas, sekumpulan ahli UMNO Bahagian Tanjung Malim bersama parti komponen Barisan Nasional (BN) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta wakil penduduk berhimpun di pintu pagar UPSI menuntut UPSI mengambil tindakan tegas terhadap Adam.
Berdasarkan perkembangan semasa, Saifuddin Abdullah terus dipersalahkan oleh sebahagian ahli UMNO dan kumpulan mahasiswa penyokong kerajaan kerana sikap manja beliau dan Menteri Pengajian Tinggi, sedangkan dalam masa yang sama Saifuddin bertegas bahawa kumpulan mahasiswa, yang didakwa menurunkan bendera wajah Datuk Seri Najib Razak di pekarangan ibu pejabat Umno kelmarin, harus meminta maaf.
“SMM/Bebas mesti minta maaf atas tindakn turunkan bendera. Nak beza pndapat bab lain, itu soal lain.Tapi bab bendera, anda salah,” kata Saifuddin melalui mesej Twitter Selasa lepas.
Respon Pengerusi Pro-Mahasiswa UPM, Tarmizi Anuwar ketika ditanya berkaitan demonstrasi semalam, mahasiswa yang berdemonstrasi di Putrajaya semalam sebagai golongan mudah terpengaruh dan tidak matang. Ini kerana mereka berhimpun tanpa asas yang berkepentingan untuk masyarakat umum.
“Hanya kerana turunkan bendera gambar Perdana Menteri untuk seketika kurang 5 minit, tidak ada asas untuk menuntut Dato’ Saifuddin Abdullah letak jawatan. Apakah bendera tersebut dalam perancangan akan dibiarkan sehingga reput di tiang tersebut tak turun-turun?” Sindir beliau.
Tambahnya lagi, “Pelik apabila beliau (Saifuddin Abdullah) dituduh bukan-bukan oleh mahasiswa ‘sekapal’ dengannya tanpa pasti perkara sebenar, iaitu Dato’ Saifuddin Abdullah benar-benar tidak nampak apa yang berlaku kerana perhatian beliau ketika itu adalah kepada mahasiswa di hadapannya.”
Tarmizi simpulkan, “Mahasiswa yang turun ke demonstrasi semalam sebagai golongan mudah terpengaruh dengan politik luar dan tidak matang, berbeza dengan perjuangan SMM yang mempunyai nilai untuk kepentingan masyarakat dan negara tanpa terikut-ikut pihak berkepentingan dalam politik. Kerajaan kita kritik, pembangkang pun kita kritik. Sesiapa mahu bersama perjuangan kita, kita alu-alukan.”
Seru beliau kepada mahasiswa, bahawa ada perkara lebih besar lagi perlu kita perjuangkan dan jangan lupa pada enam tuntutan bebas dalam masa yang sama, terus memberi sokongan terhadap Adam Adli yang kini menjadi fenomena.




Apakah bendera tersebut dalam perancangan akan dibiarkan sehingga reput di tiang tersebut tak turun-turun?” ayat pengerusi pro-m yang bodoh, tidak matang dan tiada kepentingan umum..
Mahasiswa yang berlatar belakang umum itu masuk tanpa ada program matrikulasi atau tanpa penyetaraan.
Mahathir meminta Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz meminta kebenaran dari Datuk Seri Najib untuk berbuat demikian.