Archive | Januari 1, 2012

DS Najib: Sila respon isu mahasiswa!

SERDANG, 1 Januari – Rentetan tragedi berdarah yang berlaku pada pagi tadi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Pengerusi Pro Mahasiswa UPM, Saudara Tarmizi mendesak supaya Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak memberi respon dan juga mendesak Menteri Dalam Negeri serta Ketua Polis Negara memohon maaf.

Ketika ditemui di UPM sebelum ke UPSI, Saudara Tarmizi mengecam tindakan polis yang mencederakan aktivis mahasiswa sehingga menyebabkan kecederaan patah tulang rusuk, “mahasiswa tidak membawa sebarang senjata, berkumpul untuk menuntut kebebasan akademik, tidak patut dilayan seperti pengganas” katanya.

“ Saya meminta PM untuk memberi respon terhadap isu ini dan kami mahasiswa tidak teragak-agak untuk mendesak PM meletak jawatan.” Kenyataan yang tegas ini adalah rentetan siri penindasan mahasiswa yang berlaku di Malaysia belakangan ini.

Saudara Tarmizi juga memberi amaran bahawa mahasiswa juga pengundi di Malaysia. Tindakan ini menimbulkan perasaan marah dan benci pada penguasa yang zalim.

Sambutan tahun baru 2012: Bertukar menjadi tragedi berdarah!

1 Januari 2012, Pro-Mahasiswa mendapat berita bahawa aktivis-aktivis mahasiswa tersebut dibelasah dengan teruk oleh pihak Federal Reserve Unit (FRU) pada malam Tahun baru 2012.

Pro-Mahasiswa kesal dengan tindakan yang diambil oleh FRU dalam menangani isu yang berlaku di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada awal tahun baru 2012 kerana berlakunya tragedi membelasah mahasiswa dalam menyuraikan perhimpunan di UPSI. Pengerusi BEBAS, Saudara Safwan Anang di laporkan kritikal dan beberapa mahasiswa lain yang turut tercedera dengan tindakan zalim pihak polis.

Ini merupakan satu tindakan yang tidak wajar kerana secara terang-terangan bertentangan dengan roh Perlembagaan Persekutuan yang sememangnya memberi hak kebebasan kepada rakyat untuk berhimpun dan menyuarakan pendapat.

Sekalipun himpunan ini dilihat sebagai satu perkara yang boleh mengganggu-gugat keselamatan awam, pihak polis tidak sewajarnya menggunakan kekerasan dalam menangani himpunan ini kerana mereka hanya berdepan dengan mahasiswa dan bukannya penjenayah bersenjata.

Tindakan yang diambil seolah-oleh menggambarkan pihak polis terlalu terdesak dan tiada jalan lain dalam menangani himpunan tersebut. Ini sama sekali tidak sesuai di lakukan dalam negara yang mengamalkan demokrasi.

Sikap “double standard” polis juga terlihat apabila sebelah pihak yang menyokong kerajaan membuat demostrasi di Putrajaya pada 21 Disember baru-baru ini tidak pula dikenakan apa-apa tindakan, sebaliknya kekerasaan diperlakukan kepada mahasiswa yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

Seharusnya pihak polis menjadi badan yang bertanggungjawab dalam memastikan keharmonian, keadilan, dan kesaksamaan semua pihak khususnya rakyat jelata dan bukannya bertindak di luar peri kemanusiaan.

We Are All Safwan Anang

Maklumat berkaitan kejadian tersebut boleh diperoleh di FB Pages

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.