Banner Misteri di UPM, Fauzi Ramlan Nafi Jadi NC UMK
Serdang, 10 Jan: Desas-desus khabar mengatakan TNC HEPA UPM, Datuk Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan (gambar kiri) bakal dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) September tahun lepas timbul semula apabila sebuah banner misteri tertera ucapan tahniah atas perlantikan beliau, tergantung di laluan Lebuh Silikon berhampiran bangunan MTDC-UPM.
Banner yang disyaki digantung berdekatan masjid UPM pada awalnya kelmarin, terpapar ucapan ” Tahniah Prof Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan di atas pelantikan sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan, Jasamu Tetap Dikenang…” menjadi tanda tanya kerana UMK baru sahaja terima Naib Canselor yang baru awal tahun ini berkuatkuasa 1 Januari 2012.
MPPUPM TIDAK TAHU ANGKARA SIAPA, FAUZI RAMLAN NAFI JADI NC UMK
Banner misteri yang menjadi bualan segelintir mahasiswa UPM dalam laman facebook, pada awalnya percaya dengan berita tersebut. Namun, timbul kekeliruan apabila tiada sebarang laporan media menyebut beliau (TNC HEPA) dinaikkan pangkat menjadi NC UMK. Justeru, Pro-Mahasiswa UPM yang meneliti isu tersebut cuba mendapatkan ‘cerita sebenar’.
Maklum balas dari MPPUPM yang diterajui kumpulan Aspirasi, mereka dakwa tidak mengetahui langsung angkara siapa yang menaikkan banner tersebut seterusnya menjelaskan Fauzi Ramlan masih lagi berkhidmat di UPM sebagai TNC (HEPA).
Berikutan munculnya banner misteri tersebut, Fauzi Ramlan yang dihubungi sebentar tadi menafikan berita tersebut dan tidak menolak kemungkinan ada kalangan staf yang dendam dengan beliau.
Beliau juga menolak bahawa fitnah tersebut dilakukan oleh pelajar.
PROF DR RADUAN HJ CHE ROSE NAIB CANSELOR UMK BARU, BERKHIDMAT 3 TAHUN
Perlantikan Prof Dr Raduan Hj Che Rose sebagai Naib Canselor UMK berkuatkuasa 1 Januari 2012 untuk tempoh 3 tahun sekali gus mematahkan cubaan memfitnah Prof Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan yang kini masih TNC (HEPA) UPM.
Y.Bhg. Prof. Dr. Raduan bin Hj. Che Rose
Naib Canselor UMK
Beliau yang juga merupakan Setiausaha Majlis Profesor Negara (MPN) dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi menggantikan Prof Datuk Zainai Mohamed, yang tamat perkhidmatan pada Sabtu, 31 Disember 2011.
Siri fitnah di UPM terus berlaku dalam tempoh kurang seminggu dengan khabar angin demonstrasi mahasiswa di masjid UPM Jumaat lepas dan terbaru, fitnah ke atas Timb Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Fauzi Ramlan yang juga mendapat anugerah yang membawa kepada gelaran ‘Datuk’ pada Disember baru-baru ini.
Pro-mahasiswa UPM pula sedang meneliti sama ada kedua-dua fitnah tersebut didalangi pihak yang sama atau sebaliknya.





Ulasan